Welcome to ukhuahfillah.blogspot.com.. thanks to all.. Selamat datang saya alukan Kepada anda surfers budiman, semoga ukhwah dapat dibina.. Semoga silaturahim dapat dijalinkan

Wednesday, October 29, 2008

Diari untuk lelaki 2

(sambungan dari post yang lepas)

Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh

1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

1. MENCARI NAFKAH..........


Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.


Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.

" Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak".

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama:Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt. dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.


Kedua :Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.


Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:

1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.


2. BERJIHAD FISABILILLAH


Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN. Inilah yang dimaksudkan dengan lelaki soleh, yang mana pekerjaan utamanya membunuh atau terbunuh. Jika tidak terbunuh, maka ia mesti membunuh. Tidak terdapat alternatif lain kecuali satu antara dua 'YUQTAL AU YAGHLIB' yakni TERBUNUH atau MENANG.


3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakhluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

" Wahai lelaki soleh...! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka."

Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI......

1. Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
2. Menangani isteri yang bodoh dan keras kepala dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih effisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri Suami yang soleh akan sentiasa maenjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.



Sabda Rasulullah:


"Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku. "


( HR Ibnu Majah )


Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan berkeluarga.......

A: Keadaan beliau sebagai suami dan ayah B: Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga C: Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.

Wassalam.

Tuesday, October 28, 2008

Diari Untuk Lelaki 1

Assalamualaikum,

Nampaknya lama dah aku tak post bende baru kat sini.. biasala sibuk dengan persiapan nak final exam pada 3hb November ni.. eh2.. sempat lagi post new intri ni.. hehe.. saje jer.. dok boring2 baca buku ni, jadi aku pun carila entri yang sesuai nak di post kan dalam 'diari' aku ni...

Jadi bila aku search "ciri lelaki soleh".. akhirnya aku pun dapatla maklumat ni.. semoga ia bermanfaat utk golongan yang bernama lelaki, muslimin, boys...ataupun dengan kata mudahnyer..arrijal...

SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELAKI SOLEH


Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.
Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau di mana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.
TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua.
Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.


KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS.....

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.

17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.


Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.



(bersambung untuk siri akan datang...)

p/s: Semoga Bahan yang dikongsi bersama ini mampu dimanfaatkan bersama...

Sunday, October 19, 2008

Diari untuk Muslimat

Assalamualaikum warahmatullah.. aku bebaru ni dapat emel dari sorg member tu.. bila kau baca emel yg dia hantaq kat aku, rasanya elok kalo aku kongsikan bersama dengan para pembaca yg budiman.. Semoga ia mampu memberi manfaat utk kita semua.. especially kepada manusia yang bergelar perempuan, ladies, or muslimat....

Ciri ciri wanita solehah

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita
menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang
penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada
mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor
dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material
sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu
wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara
anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak
menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat
kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya
bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar
memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya
sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya.
Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan
tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa
cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah
menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke
perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah
memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang
dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah
s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:

" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian
dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang
bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

Wednesday, October 15, 2008

pengajaran untuk semua..

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin.
Usin tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni.".
Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.

"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut."

Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."

Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....

BANG!!…

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.

"Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak?
Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?"

Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.

Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat.

"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!…

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam.
Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini.
Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni!

Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar...
....dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!

Wednesday, October 8, 2008

Baik Punyer Petua..

Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas kat tanjong malim....
masa-masa tengah gawat dengan harga minyak naik melambung nitentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga2.52 sen kat pam minyak jadi 1.98 or suka ati korang la nak letak berapa sen... mula2 mmg aku tak percaya... tapi......


1.Korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapapun... dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik hargakat pam korang pilih tu... x kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV

2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.
kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau)yang bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer hargala

3. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi
then korang tekan enter - 3x

4. then korang tekan '0' , '0', '1', '9', '8' (1.98 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka

5. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi

6. tekan butang clear - 2x

7. Then korang tekan berapa puluh korang nak isi

8. Tekan enter lepas dah masukkan nilai isian  

pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang


"woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!"
Hehehe..

Sunday, October 5, 2008

diari 15

Hanya Tinggal Kenangan


Diari ni aku coretkan semata-mata kerana ingin mengimbas kembali kenangan bersama sahabatku yang kini baru sahaja pergi menghadap Ilahi..

Aku mula mengenali beliau ketika aku dah berada di semester 3 di Universiti, kerana beliau ketika itu baru sahaja mendaftar sebagai pelajar baru ambilan pada tahun itu..

Alhamdulillah, bermula daripada pertemuan itu, hubungan kami sebagai sahabat semakin akrab kerana masing-masing mempunyai tujuan yang sama, bagaimana nak mewujudkan suasana keagamaan dlm diri setiap pelajar di kolej dan juga di kampus..

Masjid merupakan tempat di mana kami bertemu kerana menghadiri suatu mesyuarat yang melibatkan pelajar2 baru dan lama berhampiran dengan kampus tempat kami belajar..

Beliau merupakan sahabat yang amat baik dari segi pergaulan dengan orang lain..

Aku mendapat tahu, arwah menghidap demam campak yang teruk semasa Raya baru2 ni, then keluarganya telah menghantar arwah ke ICU.. di sana lah beliau telah menemui ajal dan bertemu Allah..


Arwah Adnan.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau..

Marilah kita sume sesame meyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.. semoga dengan bacaan Al-Fatihah ini memudahkan beliau melalui kehidupan di alam barzakh sana..

“setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian”

diari 14

4 hb oktober 2008


Hari ni dah masuk hari ke4 aku beraya.. walaupun berada di perantauan, tapi Alhamdulillah masih dapat merasakan suasana hari raya bersama dengan teman-teman..

Rezeki di bulan syawal ni nampaknya Allah permudahkan, hampir setiap hari aku dapat jemputan untuk beraya di rumah teman-teman yang buat rumah raya terbuka.. wlaupun hanyalah sekadar sederhana, namun kami tetap gembira dengan suasana itu..

Cuma hari ni ada berita yang amat menyedihkan buat kami.. ceritanya bermula begini..

.................................

Apabila aku selesai menunaikan solat sunat qobliah zohor, aku chek handphone yang aku letak kat tepi aku.. sesajer jer.. sementara menanti iqomah oleh muazzin..

Handphone aku ni aku dah set dalam mode “senyap”, so sbrg panggilan memang aku tak perasan..

...............................

Bila aku chek hnpone aku tu, tertera ayat ni kat skrin hnphone:

<>

.................................

Aku pun hantaq la mesej kat member aku ni..iyerla, kot2 ader perkara penting yg dia nak habaq kat aku..seingat aku, dia jarang call aku kalo sekadar main2 jer..oh ya, nama member aku ni Nazri jer, sajer je aku letak Daie Nazri Khar.. nak mudahkan aku utk kenalpasti Nazri maner satu kan..

..................................................

Aku pun mula taip mesej:

“ader ape tuan yang mulia?”

..................................................

Aku selalu gunakan gelaran “tuan yang mulia” kpd kengkawan aku, nak eratkan silaturrahim..

Tak sempat lagi member aku ni reply, muazzin dah iqomah dah..

So, lepas jer selesai solat zohor, aku chek semula hnphone aku..

...............................................................

<>

1 message from Daie Faiz

1 message from Daie Nazri Khar

Aku pun baca mesej daripada member2 aku ni..

“Al-fatihah untuk Adnan yang telah kembali ke rahmatullah”

From: Daie Faiz

“Sahabat kita Adnan pg ke rahmatullah.. Al-Fatihah”

From: Daie Nazri Khar

.....................................................

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAAJIUN...

Ya Allah..

Terasa baru jer jumpa dengan Arwah sebelum cuti raya yang lalu.. sekarang ni, arwah dah pergi bertemu Allah... mendahului kami semua.. semoga Allah meletakkan arwah di tempat yang mulia bersama org2 mukmin.. Amiin ya Rabbal ‘alamiin..

Thursday, October 2, 2008

diari 13

Aku dan Kad Raya


Kali ni aku try tuk design kad raya aku sendiri.. boleh tahan jg la yer.. ni pun aku buat last2 minit.. kepada yang menerima kad ghayo aku ni, kira bertuah la yer..dapat kad raya yang aku buat sendiri.. haha.. iyerla korang tak boleh jmp kad raya ni kata mane2..sb takdok di pasaran kad ghayo.. kos print kad raye ni rm1.50 jer.. so sbrang tempahan kad raye atau ape2 jenis kad, boleh hubungi no talian ni.. 999... he2.. mesti polis heran sb korg kol dorg utk buat tempahan kad..

diari 12

1 hb 10 2008 (1 syawal)

Hari ni merupakan hari yang amat bermakna buat seluruh umat islam, sbg tanda kesyukuran di atas nikmat yg Allah dah beri pada semua manusia.. Dan hari ni jg telah berakhirnya bulan puasa yang penuh dengan keberkatan.. smg Allah limpahkan rahmat pada kita semua.. Amiin...

Sebenarnya Raya kali ni rasanya dah masuk raya yang ke 3 dah aku beraya kat perantauan, sedih tu sedih la jg sb takdpt beraya dgn famili tercinta.. tapi aku masih dpt control la perasaaan aku ni, iyerla dah kali ke 3 beraya di tempat org, dah mjadikan aku dah biasa beraya tanpa keluarga di sisi.. kata org tua2, alah bisa tegal biasa... betul ker pepatah tu? Haha.. lantaklah, betul ke tak, itu aku tak kisah.. aku ni tak tau sgt sastera2 ni... hehe2...

Pepagi lagi aku dah bangun, nak solat subuh, tapi kali ni aku bangun punyerla awal.. pukul 3.45am dah bangun.. tapi aku rasa mengantuk lagi, so aku smbg tido lagi..hahaha.. then tersedaq dlm pkul 4.10am.. aku dah mals nak smbg tido..so aku bangun la awal skit.. sempena nak menyambut hari mulia, hari Raya Aidilfitri.. bila aku p bilik air, punyerler sejuk air.. tketar2 badan aku.. dah la aku ni demam2 skit mlm tadi, bangun jer dah rasa nak pening jer kepala aku ni.. takpola.. redha jer..

So, disebabkan subuh tu sejuk sgt je aku rasa, aku pakai baju 3 lapis.... iyela, sweater aku lupa nak bawak skali, so aku pakai jer la baju 3 lapis.. panas skit badan aku.. sbnrnya mlm raya ni aku iktikaf kat masjid jer.. so, sgala kelengkapan raya aku dah siap packing dah.. tapi tlupa nak bw sweater. Mana la aku tau sejuk sgt subuh ni...

Lepas jer selesai solat subuh, aku sempat lagi p landing kan badan aku kat “port” aku kat dlm masjid tu.. tapi skejap jer sb lepas tu aku nak p sarapan kat dewan makan.. he2..dpt makan free plak tu.. tu yg best.. lepas jer makan sarapan, aku p mandi.. nak bsiap utk solat Raya plak... aku dengaq Imam smlm ader umumkan, slt Raya stat dlm 8.45am, so aku kena la siapkan diri sblm waktu tu..

Lepas selesai solat Raya, aper lagi.. aku meluru skali lagi kat dewan makan, makanan dah sdia utk dijamah.. fuyoo... Nasi beriani + ayam masak merah... kira okla sb dapat free.. siap tambah nasi plak tu.. hehe..

Lepas semua selesai, famili aku kol aku.. nak lepaskan rindu la katakan... lamanyer aku bgayut dgn hnset aku tu... hehe...

oh ya hmpir tlupa nak habaq, hari ni byknyer mesej yg aku terima drp member2 skalian ucap selamat hari raya kat aku.. gumbiranyer rasanya..


<<>>
“Selamat Hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin”
......................
Ni plak antara pantun yg member aku forward kat aku..

“Anak monyet bayar zakat, sowy raye nie xde kad..
Anak itik makan roti, hnye sms sbg pengganti..
Anak owg buat kuih raye, selamat ari raye..
Anak ikan dalam tin, maaf zahir batin..”
.........................


Kalo ikut apa yg aku bljq masa muda2 dulu, pantun ni tak menepati ciri2 pantun yang baikla..main hentam jer org yg buat pantun ni, ikut sedap jer.. tak puitis betul la.. eh2, pandai pulok aku komen pantun dorg ni.. apa2 pun, kira okla jg pembuat pantun ni, kreatif jg la.. okla aku bg 2 bintang jer drp 10 bintang.. haha

Dlm pukul 11am, aku n member aku berangkat nk pulang ke kolej, byk assingment menanti d sana.. So, itula antara pengalaman aku masa raya pertama..sebenarnya ader lagi citer yg best2 masa hari pertama ni, tapi letihla nak taip keyboard ni.. cukuplah dulu stakat ni, kalo aku rajin & kalo aku ader masa aku citer kat korg yer..harap2 korg thibur jg la dengaq citer aku yg tak berapa nak best ni..

diari 11

Aku, baju raya dan selipar baru

Utk tahun ni, aku tak beli baju raya dah.. malas nak beli... sebenarnya ade sorg member aku yg baik hati bagi aku hadiah baju raya.. so, aku tak pyhla beli baju raya lagi... gembiranyer.. dan lagi satu, baju yg dia bagi tu, memang memenuhi citarasa aku la.. simple n not complicated... aku ni jenis yg tak suka pakai baju yg menyerlah sana, meyerlah sini, rimas nak pakai..lagi satu, risau jg nt p solat hari raya, timbul plk rasa bangga diri nak tunjuk baju raya jer... jd, baju yg simple adalah pilihan hati.. kalo ader baju putih jer pun dah cukup..





Ni ler baju raya aku.. jubah putih tanpa corak.. cantik kan?
Aku suka sangat pakai baju ni.. sesuai sgt dgn body size aku..



Ni plak selipar yg aku beli sendiri.. harganya boleh tahan jugala.. RM8.00
ader gaya selipar pendekar tak? mula2 aku pakai selipar ni, best
jg rasanya.. lembut & nyaman.. huhu.. tapi bila dah selalu pakai, rasa lain
macam jer kaki aku.. rasa macam nak buat “kuda-kuda” plak.. iyerla,
selipar dah mcm selipar pendekar zaman lampau, so tempias aura tu kena skit kat aku ni.. kihki
h.. aku gurau je la.. korg jgn la percya pulok yer..

diari 10


27hb 9 2008 (sabtu) – 27 ramadhan

Alhamdulillah, hari ni merupakan hari yang teramat indah buat aku.. iyerla, cuti Raya dah start dah.. heppi nyer.. so aku dan sorang member dah plan nak p mana hari ni.. jeng2...
Sebenarnya aku dah decide dah nak p KL hari ni.. so bila dah bincng dengan member aku sorang ni, kami buat keputusan utk p pukul 3pm. Jadi, aku pun p la start motor aku (bukan aku punyer la, member aku..dia suh aku jaga motornya ni time cuti ni sb dia nak balik kampung..).. aku pun drive la motor ni p stesen bas, nak ape lagi, nak beli tiket la... tiket bas nak p pudu.. alhamdulillah, ade jg tiket bas tu.. pukul 2.30pm.. takpola... awal 30 minit jer drp waktu yg kitorg decide.. Yang tak bestnyer.. punyerla MAHAL tiket tu, rm7.40 satu.. cekik darah punyer tiket.. kalo sblm ni rm5.70 jer.. skrg dah naik minyak, melambung jd rm7.40.. sabo ajerla..

Nak diringkaskan citer, kitorng pun bsiap2 ler nak p KL tu.. lepas jer solat zohor, aku n member aku tu p packing pakaian yg nak dibawa.. iyerla nak manfaatkan masa cuti ni la kat KL.. aku dan member aku ni sbnrnyer nk p Sri petaling.. he2.. korng yang baca blog aku ni mesti fikir td aku dan member aku nak p merayau2 kat KL kan... tak baik sangka buruk tau.. he2.. sbnrnya kat Sri Petaling tu ader program mingguan, sabtu malam ahad, ade ceramah.. Otak aku ni yang dah jarang di service, perlu jg skali skala dgr ceramah2 agama ni.. kena service jg dgn ceramah agama ni.. kalo duk asyik dengaq ceramah Fizik kat dewan kuliah, boleh gugur rambut aku ni... haha..
Dalam
Dalam perjalanan nak p KL nih, hobi aku ni suka amik gmbr aper2 jer yg aku rase unik yg aku tengok.. antaranya Penjara Pudu ni bjaya aku snap.. tgok pagar penjara ni pun, mcm seram jer keadaannyer.. dengaq citer, penjara pudu ni tmpat org digantung mati kan???!!! Ee. Malas nak citer bab penjara2 nih..tak best..


ni ler penjara pudu raya yang aku kata menyeramkan tu.. hehe

Okla kita beralih pada citer lain plk...So, memandangkan Ramadhan pun dah nak habis, kalo tak silap dah nak masuk malam ke 28 masa kitorg kat Sri petaling tu, kata org Lailatul Qadar malam2 ganjil jer.. tapi takpola, aku n member aku ni, cuba jg bykkn amal malam tu kat sana.. mula2 hajatnyer aku nak solat terawih 20 rakaat, tapi ntahlah tibe2 jer rasa mengantu malam tu yg teramat sgt.. he2.. so aku buat 8 rakaat jer.. member aku tu siap 20 rakaat lagi.. fuyoo.. aku tabik la member aku ni.. kalo dia baca blog aku, jgn dok kembang kempis idung tu yer sb pujian aku ni..kihkih..

Okla yer.. rasanya dah panjang dah aku citer pengalaman aku pada hari pertama cuti ni.. semoga berjumpa di lain masa yer.. Selamat Bercuti kepada yang dah bercuti (termasuk aku skali la..hehehe)

kepada pelawat yang budiman, sila tinggalkan komen sebelum anda keluar.. terima kasih

 

"..terima kasih kepada pengunjung yang sudi melawat di blog ini.. senyumlah seikhlas hati, kerana dengan senyuman hati akan menjadi riang..."

Welcome to Ukhuahfillah.blogspot.com.
Template by: Abdul Munir