Welcome to ukhuahfillah.blogspot.com.. thanks to all.. Selamat datang saya alukan Kepada anda surfers budiman, semoga ukhwah dapat dibina.. Semoga silaturahim dapat dijalinkan

Thursday, April 30, 2009

Akhirnya berjaya juga saya buat duit melalui Youtube

Assalamualaikum semua, sempena exam yang dah habis ni, aku pun mula merajinkan diri untuk jenjalan kat dunia maya tanpa sempadan ni... dari blog ke blog aku jelajah, sampailah aku bertemu dengan banyak blog yang citer pasal resepi, perniagaan internet, artikel agama, kisah cintan cintun, dan seumpama dengannya..

Tapi yang aku nk citer kat sini ialah tentang website yang berkaitan dengan perniagaan internet.. Mula-mula tu aku malas juga nak amik kisah sgt dengan citer macam ni.. Tapi akhirnya aku pun semakin teruja dengan perniagaan yang ditawarkan.. 

Mudah jer.. kita just tolong promote kan link website syarikat yg jual produk, kalo ade yang beli produk tu, kita pun dapat komisyen.. dalam masa yang sama, kita tak perlu kuar duit pun.. Best kan?? 

Okla, Aku pasti anda pernah mendengar ramai yang berjaya menjana pendapatan lumayan dari laman web YouTube . Baru-baru ni aku ada membeli Pakej Video yang dikendalikan oleh Kak Lisa. Saya tahu tentang Kak Lisa bila membaca blog Din Beramboi tentang bisnes Vemma yang dilakukannya.

Sebenarnya aku ni kalo bab perniagaan internet, kurang berminat skit, sebab kengkadang ada unsur-unsur penipuan dalam perniagaan tersebut.. Iklan jer itu ini, tapi karut jer..

Tapi entahlah, bila aku mula surf kat banyak laman web, aku terjumpa plak dengan banyak Blog yang citer pasal Pakej Pn Lisa ni.. Lastly, bila aku buka kat Facebook aku, Iklan Pakej Pn Lisa ni pun ader kat situ...

Ape yang istimewanya Pakej Pn Lisa ni??

Mungkin bagi Peminat Perniagaan dunia internet ni, ataupun sistem affiliate ni, nama Pn Lisa dah tak begitu asing lagi bg dorg sumer, tapi bagi aku yang mula berjinak-jinak dengan dunia internet ni, nama Pn Lisa ni macam takde spesel sangat pun..

Sampailah bila aku terbaca komen pembeli Pakej Pn Lisa ni, aku mula teruja.. kihkih..

Jom kita baca sesama..

"Pada mulanya saya tertarik nak beli produk Pakej Bimbingan Commission Junction, tapi bila Kak Lisa lancarkan Pakej Video dan disertakan pakej bimbingan CJ sebagai bonus, saya terus beli Pakej yang Pn Lisa tawarkan. Setelah beberapa hari mengikut segala langkah yang diberikan, akhirnya saya dapat jualan pertama pada 2 Disember 2008 . Memang teruja dan terkejut.

 Setelah hampir 40 video saya upload, akhirnya saya mendapat sales pertama. Setelah puas berYM dengan Kak Lisa, akhirnya hari ni ada berita gembira untuk dia.

Tapi lepas tu saya bercuti - balik kampung sempena Hari Raya Aidiladha dari 4 - 14 Disember. Secara tak langsung projek yang baru dimulakan terpaksa direhatkan. Sebelum balik kampung, sempat jugak saya upload beberapa lagi video. Risau jugak, mesti takde sales dah sebab saya dah stop dekat 2 minggu.

Tapi… apa yang lebih mengejutkan terjadi. Bila saya check akaun ClickBank saya masa balik dari bercuti, saya telah berjaya mendapat 40 sales! Memang bertambah-tambahla excitednya saya. Alhamdulillah nampaknya video yang diupload dah “bekerja untuk saya” walaupun saya bercuti panjang. 

Kat bawah ni adalah snapshot akaun Clickbank saya hingga hari ini. Bukan untuk berbangga diri, tetapi untuk membuktikan apa yang saya katakan adalah benar. Dan ia juga sebagai pemberi semangat kepada saya dan juga anda untuk bekerja keras. Jualan pertama memang memberikan kita semangat yang luarbiasa untuk meneruskan usaha.

 

Okla, kalau anda berminat nak ketahui apakah cara yang saya lakukan untuk membolehkan saya perolehi pendapatan sebegini - bolehla miliki Pakej Video - Youtube bukan sekadar tontonan yang diusahakan oleh Kak Lisa. Apa yang lebih menarik lagi ialah anda boleh berinteraksi secara langsung dengan Kak Lisa melalui YM. Pada saya ini salah satu kelainan yang akan anda perolehi, sebab tak ramai IM yang sanggup melayan pembelinya melalui Yahoo Messanger (YM) ni. Kak Lisa juga banyak bagi saya nasihat dan tips.

Teknik Video yang Kak Lisa ajar pun simple tapi berkesan. Saya ada belajar beberapa cara tetapi agak teknikal dan mengambil masa. Tapi cara Pakej Video ni memang simple je. Apa yang kak Lisa selalu pesan ialah kita perlu peka pada isu semasa dan kreatif.

Okla, tak nak cerita panjang lagi. Boleh klik banner kat bawah ni jika anda berminat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang ni.

http://smartbiz2u.via.my


p/s: aku pun dah beli pakej ni, memang penerangan Pn Lisa amat jelas, step by step.. yang bestnya Pakej ni dalam bentuk Video, so tak payahlah susah2 nak baca panduan, just dengar dan tengok video dengan penuh tumpuan jer.. Insyaallah akan faham.. 

Selamat mencuba..

 

 

Tuesday, April 28, 2009

Alangkah Cantiknya Wanita Berhijab

Sambungan dari entri Renungan Buat Muslimah

"Alangkah Cantiknya Wanita Berhijab"

Sekadar gambar hiasan


Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya, iaitu HAdrat Abu Bakar r.a, Hadrat Umar r.a, Hadrat Usman r.a telah bertamu di rumah Hadrat Ali r.a. Isteri beliau Saiyidatina Fatimah r.anha yang juga puteri Rasulullah SAW telah menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika mangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut telah di dapati di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut:

1)Mangkuk yang cantik.

2)Madu.

3)Sehelai rambut.

Hadrat Abu Bakar r.a telah berkata:-
“Iman itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut.

Hadrat Umar r.a telah berkata:
“Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk ini, seorang raja itu laebih manis daripada madu, dan memerintah dengan adil itu lebih susah dari meiniti di atas sehelai rambut.

Hadrat Uthman r.a berkata:
“Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang menuntut ilmu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Hadrat Ali r.a berkata:-
“Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuatkan tetamu senang sehingga dia kembali ke rumahnya itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Siyidatina Fatimah r.a.ha telah berkata:-
“Seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk ini, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali mahramnya adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Malaikat Jibril a.s telah berkata:-
“Menegakkan tiang agama itu adalah lebih cantik dari mangkuk ini, mengorbankan masa, diri, dan waktu untuk agama adalah lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama hingga ke akhir hayat adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut.”

Allah SWT berfirman:-
“Syurgaku itu lebih cantik dari mangkuk ini, nikmat syurgaku adalah lebih manis dari madu, dan jalan menuju ke syurgaku itu adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.


"wallahua'lam"


p/s: entri ini diambil dari tulisan Ust Usamah Almizi, Madrasah Addiniyyah Lilbanat

Saturday, April 25, 2009

Renungan Buat Muslimat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, kali ni walaupun dalam kesibukan persediaan untuk menghadapi peperiksaan, terasa rindu plak nak post entri terbaru.. Rasanya entri ni amat bermanfaat untuk para wanita dalam menyiapkan diri dalam menempuh kehidupan dunia yang penuh dengan fitnah yang boleh menggugat iman..

Manakala, buat para muslimin juga boleh menjadikan ia sebagai persediaan dalam mendidik isteri untuk menjadi wanita solehah.. Insyaallah..

"ANTARA BERHIJAB DAN BERTABARRUJ (BERHIAS)"

Sekadar gambar hiasan

Sesungguhnya Allah SWT menurunkan perintah hijab hanya kepada wanita yang beriman, sepertimana firman Allah SWT

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman agar melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas tubuh-tubuh mereka."

Allah SWT telah mensyariatkan hijab untuk menutup tubuh wanita juga menyembunyikan kecantikannya dan perhiasannya daripada lelaki ajnabi serta melindunginya daripada daripada pandangan yang rakus dan mata-mata yang liar. Sambungan firman Allah SWT ;

"Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali dan tidak diganggu"

Tetapi bukankah mereka sudah diganggu sekarang?? Soalnya, mengapa?? Bukankah ianya berpunca dari diri mereka yang tidak berhijab dengan hijab wanita di zaman Nabi SAW sedangkan ia adalah sebaik-baik zaman?? Marilah kita berfikir sejenak wahai muslimah sekalian..

Allah SWT berfirman

"Dan para wanita tua yang telah berhenti dari haid dan mengandung, yang tidak ingin menikah lagi maka tidak ada dosa mereka menanggalkan pakaian luar dengan tidak bermaksud menampakkan perhiasan"

Ini adalah perintah Allah SWT kepada perempuan yang sudah tua yang tidak memikat para lelaki, maka tidak berdosa jikalau mereka meninggalkan sebahagian daripada pakaian-pakaian luar mereka yang wajib seperti rida’ dan jilbab(sejenis kain yang menutupi seluruh tubuhnya di atas pakaiannya). Walaupun begitu, Allah SWT tetap mengaitkan hukum mereka dengan firmannya

"Dengan tidak bermaksud menampakkan perhiasan"

Hukum ini adalah untuk perempuan-perempuan tua yang tidak menarikperhatian dan tidak menaikkan syahwat!! Bagaimana pula dengan wanita-wanita muda yang memikat hati??

Kemudian Allah SWT berfirman

"Dan jikalau mereka memelihara kehormatan adalah lebih baik bagi mereka."

Iaitu, walaupun mereka tidak mempunyai kecantikan, Allah SWT tetap suka mereka memakai hijab! Inilah perintah Allah SWT, bahawasanya hijab adalah mustahak bagi perempuan tua dan wajib atas selain mereka.

Lawan erti hijab adalah tabarruj (berhias) dan inilah punca kerosakkan para wanita dan dari situ pula bermula kerosakkan para pemuda dan setrusnya kerosakkan ummat manusia. Orang pertama menyeru kepada tabarruj adalah Iblis, sepertimana firman Allah SWT

"Wahai anak adam, janganlah sekali-kali kamu diperdaya oleh syaitan sepertimana dia telah mengusir kedua ibubapa kamu dari syurga, menanggalkan pakaian-pakaian mereka untuk mendedahkan aurat mereka."

Tugas Iblis adalah mancabut penutup dan membuka keaiban, serta menyebarkan keburukan di kalangan lelaki dan wanita beriman. Kerana di kalangan masyarkat kita , terdapat ramai orang yang jiwanya lemah dan hatinya berpenyakit yang memperlakukan wanita seperti kain buruk dan melucutkan pakaiannya yang mulia. Sesungguhnya perempuan yang bertabarruj itu derhaka pada Tuhannya dan Rasulnya, kerana perintah berhijab sudah datang kepadanya lalu dia enggan. Tahukah dia bahawa tabarruj adalah satu petanda nifaq, sepertmana sabdaan Nabi SAW

"Seburuk-buruk wanita adalah yang berhias-hias dan berlagak sombong dan inilah wanita-wanita munafiq"

(hadis riwayat Imam Baihaqi.)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Syarat-syarat hijab syar’ie yang dipetik dari Al-Quran dan Hadis adalah seperti berikut :

1) Ia mestilah meliputi keseluruhan badan di mana tidak terdedah suatu bahagian pun, lebih-lebih lagi bahagian tubuh wanita yang menimbulkan fitnah.

2) Ia tidaklah sempit/ketat sehingga memuatkan angota-anggotanya dan menyifatkan warna kulitnya serta bentuk tubuhnya di samping itu ia mendandan rambutnya di atas kepala sehingga kelihatan seolah-olah bonggol unta.

3) Ia tidak menyerupai pakaian lelaki.

4) Ia tidak menyerupai pakaian-pakaian wanita kafir.

5) Ia bukanlah daripada sebarang jenis perhiasan.

6) Tidak nipis sehingga boleh menyifatkan apa yang ada di dalamnya.

7) Ia bukanlah pakaian berfesyen di mana terdapat perhiasan dan daya tarikan mengikut aliran masakini sepertimana yang tersebar di kalangan wanita kita hari ini. Ini kerana walaupun mereka menutup muka, kaki dan tapak tangan mereka namun pakaian mereka berwarna warni, menarik lagi cantik dipandang sehingga menarik perhatian orang kepada mereka walaupun menurut sangkaan mereka sendiri, ” Kami telah berhijab”.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya hijab adalah penghalang dari terzahirnya kecantikan kepada lelaki-lelaki ajnabi. Imam Az-Zahabi berkata: Di antara perbuatan-perbuatan wanita yang dilaknat adalah mendedahkan perhiasan dan barang kemas di bawah purdah mereka dan memakai minyak wangi yang semerbak serta pelbagai jenis tabarruj yang lain, yang mana Allah SWT memurkainya dan memurkai orang yang melakukannya di dunia dan di akhirat.

Sedangkan hijab melindungi mereka seumpama mutiara manikam yang tersimpan rapi, tidak boleh dimiliki oleh sebarangan orang melainkan orang yang layak memilikinya….

(bersambung..)

p/s: Artikel ini dipetik daripada tulisan Al-Fadhil Ustaz Usamah Almizi (Madrasah Addiniyyah Lilbanat, Johor)

Thursday, April 23, 2009

Tips Exam..

Assalamualaikum kengkawan semua...

Dah lama rasanya tak update blog ni... Biasala musim exam ni, aku agak busy skit dengan aktiviti ulangkaji pelajaran, dah le semester takde study week, so kena la pandai manage masa tuk prepare utk final exam ni..

Overally, walaupun jadual exam semester agak padat, tapi Alhamdulillah sebab aku masih dapat meluangkan masa untuk menelaah pelajaran..

Sebenarnya, aku ade lagi 3 paper yang tak habis lagi.. Next week, 27hb ( 2 paper ) dan 28hb ( 1 paper )... Tadi baru jer habis tuk paper Major aku.. Fizik Moden.. Soklan pun boleh tahan susah.. Lepas ni tawakkal jer la.. Sebab Allah perintahkan kepada hambaNya untuk bertawakkal setelah berikhtiar kan..kan...?

Entry kali ni aku tulis sekadar ingin mengisi masa terluang yang ada ( walaupun 3 subjek tu tak hbs baca lagi..)

Kengkadang apabila tiba musim exam.. Maka surau/ masjid/ rumah Allah akan mula penuh.. Itu yang aku perasan la.. Alhamdulillah, teringat bulan ramadhan...

Mungkin masa ni lah ramai pelajar nak jaga hubungan dengan Allah.. Alhamdulillah..

Tetapi bagi aku, sekiranya keadaan ni dapat dilakukan secara istiqamah, tak kira musim exam ker, ramadhan ke.., kan lebih baik.. So, mai la kita pakat2 imarahkan rumah Allah...

Masa kat dunia ni jer la kita manfaatkan untuk penuhkan diri dengan amal ibadat kepadaNya.. esok2 bila dah dunia ni dah takde depan mata, baru nak menyesal...kan ker rugi tu..

kata org tua2, bila nasi dah jadi bubur, kan tak rasa dah nikmatnyer nasi tu.. iyeker?? ...

lagi satu, kalo kita stay up sampai larut malam tu, jangan sampai solat subuh terlajak plak...

Sebaik2nya kita berjemaah kat surau la kan... Pesanan ni khas utk aku juga la,,, so kpd kengkawan sekalian, aku menyeru kpd semua.. di samping kita sibuk dengan study, jgn sampai kita lupa tanggungjawab kita kepada Allah...

Moga kita dipermudahkanNya..

Akhir kata, Selamat Menghadapi Peperiksaan.. Semoga Berjaya..

wassalam.


written on 12.38am - 23 hb April 2009 (nak tido dah..)
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

kepada pelawat yang budiman, sila tinggalkan komen sebelum anda keluar.. terima kasih

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
 

"..terima kasih kepada pengunjung yang sudi melawat di blog ini.. senyumlah seikhlas hati, kerana dengan senyuman hati akan menjadi riang..."


Welcome to Ukhuahfillah.blogspot.com.
Template by: Abdul Munir