Welcome to ukhuahfillah.blogspot.com.. thanks to all.. Selamat datang saya alukan Kepada anda surfers budiman, semoga ukhwah dapat dibina.. Semoga silaturahim dapat dijalinkan

Tuesday, April 28, 2009

Alangkah Cantiknya Wanita Berhijab

Sambungan dari entri Renungan Buat Muslimah

"Alangkah Cantiknya Wanita Berhijab"

Sekadar gambar hiasan


Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya, iaitu HAdrat Abu Bakar r.a, Hadrat Umar r.a, Hadrat Usman r.a telah bertamu di rumah Hadrat Ali r.a. Isteri beliau Saiyidatina Fatimah r.anha yang juga puteri Rasulullah SAW telah menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika mangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut telah di dapati di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut:

1)Mangkuk yang cantik.

2)Madu.

3)Sehelai rambut.

Hadrat Abu Bakar r.a telah berkata:-
“Iman itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut.

Hadrat Umar r.a telah berkata:
“Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk ini, seorang raja itu laebih manis daripada madu, dan memerintah dengan adil itu lebih susah dari meiniti di atas sehelai rambut.

Hadrat Uthman r.a berkata:
“Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang menuntut ilmu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Hadrat Ali r.a berkata:-
“Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuatkan tetamu senang sehingga dia kembali ke rumahnya itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Siyidatina Fatimah r.a.ha telah berkata:-
“Seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk ini, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali mahramnya adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Malaikat Jibril a.s telah berkata:-
“Menegakkan tiang agama itu adalah lebih cantik dari mangkuk ini, mengorbankan masa, diri, dan waktu untuk agama adalah lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama hingga ke akhir hayat adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut.”

Allah SWT berfirman:-
“Syurgaku itu lebih cantik dari mangkuk ini, nikmat syurgaku adalah lebih manis dari madu, dan jalan menuju ke syurgaku itu adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.


"wallahua'lam"


p/s: entri ini diambil dari tulisan Ust Usamah Almizi, Madrasah Addiniyyah Lilbanat

2 comments:

puterinurzahra said...

salam...
kita masih terikat dengan peraturan manusia sedangkan yang terbaik dtg dr ALLAH...
semalam ana ke pejabat kolej, kena tandatangan tok penghuni kolej dan bagi saiz baju.
ana betanya kepada salah seorang JMK,
"kalau tak beli baju kolej boleh tak?"
"eh wajib kena beli kalau dok kolej"
"tapi sem lepas ade je yang tak beli"
"wajib beli tu"
"ermm baju kolej yang muslimah takde ke"
"hmm kitorgn xde buat, nanti kesian pulak non muslim"
"hmm xpela..."
dalam hati ana geram jugak, ape la kesian kt non muslim dgn kami yang muslim tak kesian pula. lagipun baju kuo 2 guna duit kami, mambazir je beli tapi tak pakai sebab pendek.

non muslim bukan halangan kita tok berpakaian "Islam" tapi orang sendiri yang memperlekehkan.
kutukan dan kejiaan datang dari saudara seagama kita sendiri membuatkan kita tidak tega melaksanakan...

Ahmad Henry said...

Salam. Pendapat ana, semua tu disebabkan takdenya suasana. Suasana Islam makin malap. Sdgkan suasana tu trsangatlah pnting. Tamsilannya, klau kita nk cerita seram kt budak2 pada waktu tengah hari, n kat tngah2 pasar plak tu....msti la budak2 tu x takut. Sebab suasana xde. Begitu jgk halnya dgn Islam. Menghayati Islam dlm suasana yg sudah terpalit dgn kemaksiatan kritikal adalah prkara yg perlukan mujahadah. Namun itu bknlah alasan. Bg yg sedar, mereka wajib menyedarkan yg tido. Justru, lari dari mereka dn tinggalkan mereka trus begitu bknlah jln yg wajar. Di akhirat, mereka akan menuntut kpd kita. Justru, kitalah yg prlu wjudkan suasana Islam ini. Dlm konteks negara,pemerintahlah yg wajib pastikan suasana Islam ini wujud. Meraeka dianugerahkan kuasa yg dibatasi oleh kewajipan terhadap menegakkan hukum hakam Allah s.w.t.

Post a Comment

kepada pelawat yang budiman, sila tinggalkan komen sebelum anda keluar.. terima kasih

 

"..terima kasih kepada pengunjung yang sudi melawat di blog ini.. senyumlah seikhlas hati, kerana dengan senyuman hati akan menjadi riang..."

Welcome to Ukhuahfillah.blogspot.com.
Template by: Abdul Munir