Welcome to ukhuahfillah.blogspot.com.. thanks to all.. Selamat datang saya alukan Kepada anda surfers budiman, semoga ukhwah dapat dibina.. Semoga silaturahim dapat dijalinkan

Friday, July 24, 2009

Bertemu kembali..

Assalamualaikum kengkawan semua,

Apa khabar? Sihat ker? Rasanya dah lama sangat tak update blog ni kan... Lebih 2 bulan lama nyer... Ingatkan nk delete je blog ni, tapi tak sampai hati plak...

Sebenarnya sekarang ni aku sibuk skit dengan urusan lain, sampai tak sempat nak update blog ni.. Kesian kat blog ni kan.. hehe..

Saya ni lebih suka p merayau kat blog orang lain, saje nak baca2 citer terbaru dorg.. Baru saya perasan, link untuk blog ni kat blog kengkawan2 nampaknya berada antara tempat yang terakhir.. Kalo dulu, asyik top 3 jer kedudukan blog ni..

Ni ada beberapa skrin shot blog kengkawan aku... Lihat je kat bulatan merah tu.. Itulah kedudukan blog aku...

Yang ini masih lagi tak berada kat bawah sangat, tapi cuba lihat yang skrin shot kat bawah ini plak..
Jadi, bila aku fikir2 balik, baik aku update blog aku ni.. Ada juga member aku tanya, awat tak update2 blog, dah bersawang dah.. :-)

Ok baiklah, ni jer yang aku mampu nak tulis tuk post kali ni..

Semoga bertemu lagi.. Wassalam

Thursday, April 30, 2009

Akhirnya berjaya juga saya buat duit melalui Youtube

Assalamualaikum semua, sempena exam yang dah habis ni, aku pun mula merajinkan diri untuk jenjalan kat dunia maya tanpa sempadan ni... dari blog ke blog aku jelajah, sampailah aku bertemu dengan banyak blog yang citer pasal resepi, perniagaan internet, artikel agama, kisah cintan cintun, dan seumpama dengannya..

Tapi yang aku nk citer kat sini ialah tentang website yang berkaitan dengan perniagaan internet.. Mula-mula tu aku malas juga nak amik kisah sgt dengan citer macam ni.. Tapi akhirnya aku pun semakin teruja dengan perniagaan yang ditawarkan.. 

Mudah jer.. kita just tolong promote kan link website syarikat yg jual produk, kalo ade yang beli produk tu, kita pun dapat komisyen.. dalam masa yang sama, kita tak perlu kuar duit pun.. Best kan?? 

Okla, Aku pasti anda pernah mendengar ramai yang berjaya menjana pendapatan lumayan dari laman web YouTube . Baru-baru ni aku ada membeli Pakej Video yang dikendalikan oleh Kak Lisa. Saya tahu tentang Kak Lisa bila membaca blog Din Beramboi tentang bisnes Vemma yang dilakukannya.

Sebenarnya aku ni kalo bab perniagaan internet, kurang berminat skit, sebab kengkadang ada unsur-unsur penipuan dalam perniagaan tersebut.. Iklan jer itu ini, tapi karut jer..

Tapi entahlah, bila aku mula surf kat banyak laman web, aku terjumpa plak dengan banyak Blog yang citer pasal Pakej Pn Lisa ni.. Lastly, bila aku buka kat Facebook aku, Iklan Pakej Pn Lisa ni pun ader kat situ...

Ape yang istimewanya Pakej Pn Lisa ni??

Mungkin bagi Peminat Perniagaan dunia internet ni, ataupun sistem affiliate ni, nama Pn Lisa dah tak begitu asing lagi bg dorg sumer, tapi bagi aku yang mula berjinak-jinak dengan dunia internet ni, nama Pn Lisa ni macam takde spesel sangat pun..

Sampailah bila aku terbaca komen pembeli Pakej Pn Lisa ni, aku mula teruja.. kihkih..

Jom kita baca sesama..

"Pada mulanya saya tertarik nak beli produk Pakej Bimbingan Commission Junction, tapi bila Kak Lisa lancarkan Pakej Video dan disertakan pakej bimbingan CJ sebagai bonus, saya terus beli Pakej yang Pn Lisa tawarkan. Setelah beberapa hari mengikut segala langkah yang diberikan, akhirnya saya dapat jualan pertama pada 2 Disember 2008 . Memang teruja dan terkejut.

 Setelah hampir 40 video saya upload, akhirnya saya mendapat sales pertama. Setelah puas berYM dengan Kak Lisa, akhirnya hari ni ada berita gembira untuk dia.

Tapi lepas tu saya bercuti - balik kampung sempena Hari Raya Aidiladha dari 4 - 14 Disember. Secara tak langsung projek yang baru dimulakan terpaksa direhatkan. Sebelum balik kampung, sempat jugak saya upload beberapa lagi video. Risau jugak, mesti takde sales dah sebab saya dah stop dekat 2 minggu.

Tapi… apa yang lebih mengejutkan terjadi. Bila saya check akaun ClickBank saya masa balik dari bercuti, saya telah berjaya mendapat 40 sales! Memang bertambah-tambahla excitednya saya. Alhamdulillah nampaknya video yang diupload dah “bekerja untuk saya” walaupun saya bercuti panjang. 

Kat bawah ni adalah snapshot akaun Clickbank saya hingga hari ini. Bukan untuk berbangga diri, tetapi untuk membuktikan apa yang saya katakan adalah benar. Dan ia juga sebagai pemberi semangat kepada saya dan juga anda untuk bekerja keras. Jualan pertama memang memberikan kita semangat yang luarbiasa untuk meneruskan usaha.

 

Okla, kalau anda berminat nak ketahui apakah cara yang saya lakukan untuk membolehkan saya perolehi pendapatan sebegini - bolehla miliki Pakej Video - Youtube bukan sekadar tontonan yang diusahakan oleh Kak Lisa. Apa yang lebih menarik lagi ialah anda boleh berinteraksi secara langsung dengan Kak Lisa melalui YM. Pada saya ini salah satu kelainan yang akan anda perolehi, sebab tak ramai IM yang sanggup melayan pembelinya melalui Yahoo Messanger (YM) ni. Kak Lisa juga banyak bagi saya nasihat dan tips.

Teknik Video yang Kak Lisa ajar pun simple tapi berkesan. Saya ada belajar beberapa cara tetapi agak teknikal dan mengambil masa. Tapi cara Pakej Video ni memang simple je. Apa yang kak Lisa selalu pesan ialah kita perlu peka pada isu semasa dan kreatif.

Okla, tak nak cerita panjang lagi. Boleh klik banner kat bawah ni jika anda berminat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang ni.

http://smartbiz2u.via.my


p/s: aku pun dah beli pakej ni, memang penerangan Pn Lisa amat jelas, step by step.. yang bestnya Pakej ni dalam bentuk Video, so tak payahlah susah2 nak baca panduan, just dengar dan tengok video dengan penuh tumpuan jer.. Insyaallah akan faham.. 

Selamat mencuba..

 

 

Tuesday, April 28, 2009

Alangkah Cantiknya Wanita Berhijab

Sambungan dari entri Renungan Buat Muslimah

"Alangkah Cantiknya Wanita Berhijab"

Sekadar gambar hiasan


Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya, iaitu HAdrat Abu Bakar r.a, Hadrat Umar r.a, Hadrat Usman r.a telah bertamu di rumah Hadrat Ali r.a. Isteri beliau Saiyidatina Fatimah r.anha yang juga puteri Rasulullah SAW telah menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika mangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut telah di dapati di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut:

1)Mangkuk yang cantik.

2)Madu.

3)Sehelai rambut.

Hadrat Abu Bakar r.a telah berkata:-
“Iman itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut.

Hadrat Umar r.a telah berkata:
“Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk ini, seorang raja itu laebih manis daripada madu, dan memerintah dengan adil itu lebih susah dari meiniti di atas sehelai rambut.

Hadrat Uthman r.a berkata:
“Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang menuntut ilmu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Hadrat Ali r.a berkata:-
“Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuatkan tetamu senang sehingga dia kembali ke rumahnya itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Siyidatina Fatimah r.a.ha telah berkata:-
“Seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk ini, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali mahramnya adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Malaikat Jibril a.s telah berkata:-
“Menegakkan tiang agama itu adalah lebih cantik dari mangkuk ini, mengorbankan masa, diri, dan waktu untuk agama adalah lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama hingga ke akhir hayat adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut.”

Allah SWT berfirman:-
“Syurgaku itu lebih cantik dari mangkuk ini, nikmat syurgaku adalah lebih manis dari madu, dan jalan menuju ke syurgaku itu adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.


"wallahua'lam"


p/s: entri ini diambil dari tulisan Ust Usamah Almizi, Madrasah Addiniyyah Lilbanat

kepada pelawat yang budiman, sila tinggalkan komen sebelum anda keluar.. terima kasih

 

"..terima kasih kepada pengunjung yang sudi melawat di blog ini.. senyumlah seikhlas hati, kerana dengan senyuman hati akan menjadi riang..."

Welcome to Ukhuahfillah.blogspot.com.
Template by: Abdul Munir