Welcome to ukhuahfillah.blogspot.com.. thanks to all.. Selamat datang saya alukan Kepada anda surfers budiman, semoga ukhwah dapat dibina.. Semoga silaturahim dapat dijalinkan

Saturday, April 25, 2009

Renungan Buat Muslimat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, kali ni walaupun dalam kesibukan persediaan untuk menghadapi peperiksaan, terasa rindu plak nak post entri terbaru.. Rasanya entri ni amat bermanfaat untuk para wanita dalam menyiapkan diri dalam menempuh kehidupan dunia yang penuh dengan fitnah yang boleh menggugat iman..

Manakala, buat para muslimin juga boleh menjadikan ia sebagai persediaan dalam mendidik isteri untuk menjadi wanita solehah.. Insyaallah..

"ANTARA BERHIJAB DAN BERTABARRUJ (BERHIAS)"

Sekadar gambar hiasan

Sesungguhnya Allah SWT menurunkan perintah hijab hanya kepada wanita yang beriman, sepertimana firman Allah SWT

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman agar melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas tubuh-tubuh mereka."

Allah SWT telah mensyariatkan hijab untuk menutup tubuh wanita juga menyembunyikan kecantikannya dan perhiasannya daripada lelaki ajnabi serta melindunginya daripada daripada pandangan yang rakus dan mata-mata yang liar. Sambungan firman Allah SWT ;

"Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali dan tidak diganggu"

Tetapi bukankah mereka sudah diganggu sekarang?? Soalnya, mengapa?? Bukankah ianya berpunca dari diri mereka yang tidak berhijab dengan hijab wanita di zaman Nabi SAW sedangkan ia adalah sebaik-baik zaman?? Marilah kita berfikir sejenak wahai muslimah sekalian..

Allah SWT berfirman

"Dan para wanita tua yang telah berhenti dari haid dan mengandung, yang tidak ingin menikah lagi maka tidak ada dosa mereka menanggalkan pakaian luar dengan tidak bermaksud menampakkan perhiasan"

Ini adalah perintah Allah SWT kepada perempuan yang sudah tua yang tidak memikat para lelaki, maka tidak berdosa jikalau mereka meninggalkan sebahagian daripada pakaian-pakaian luar mereka yang wajib seperti rida’ dan jilbab(sejenis kain yang menutupi seluruh tubuhnya di atas pakaiannya). Walaupun begitu, Allah SWT tetap mengaitkan hukum mereka dengan firmannya

"Dengan tidak bermaksud menampakkan perhiasan"

Hukum ini adalah untuk perempuan-perempuan tua yang tidak menarikperhatian dan tidak menaikkan syahwat!! Bagaimana pula dengan wanita-wanita muda yang memikat hati??

Kemudian Allah SWT berfirman

"Dan jikalau mereka memelihara kehormatan adalah lebih baik bagi mereka."

Iaitu, walaupun mereka tidak mempunyai kecantikan, Allah SWT tetap suka mereka memakai hijab! Inilah perintah Allah SWT, bahawasanya hijab adalah mustahak bagi perempuan tua dan wajib atas selain mereka.

Lawan erti hijab adalah tabarruj (berhias) dan inilah punca kerosakkan para wanita dan dari situ pula bermula kerosakkan para pemuda dan setrusnya kerosakkan ummat manusia. Orang pertama menyeru kepada tabarruj adalah Iblis, sepertimana firman Allah SWT

"Wahai anak adam, janganlah sekali-kali kamu diperdaya oleh syaitan sepertimana dia telah mengusir kedua ibubapa kamu dari syurga, menanggalkan pakaian-pakaian mereka untuk mendedahkan aurat mereka."

Tugas Iblis adalah mancabut penutup dan membuka keaiban, serta menyebarkan keburukan di kalangan lelaki dan wanita beriman. Kerana di kalangan masyarkat kita , terdapat ramai orang yang jiwanya lemah dan hatinya berpenyakit yang memperlakukan wanita seperti kain buruk dan melucutkan pakaiannya yang mulia. Sesungguhnya perempuan yang bertabarruj itu derhaka pada Tuhannya dan Rasulnya, kerana perintah berhijab sudah datang kepadanya lalu dia enggan. Tahukah dia bahawa tabarruj adalah satu petanda nifaq, sepertmana sabdaan Nabi SAW

"Seburuk-buruk wanita adalah yang berhias-hias dan berlagak sombong dan inilah wanita-wanita munafiq"

(hadis riwayat Imam Baihaqi.)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Syarat-syarat hijab syar’ie yang dipetik dari Al-Quran dan Hadis adalah seperti berikut :

1) Ia mestilah meliputi keseluruhan badan di mana tidak terdedah suatu bahagian pun, lebih-lebih lagi bahagian tubuh wanita yang menimbulkan fitnah.

2) Ia tidaklah sempit/ketat sehingga memuatkan angota-anggotanya dan menyifatkan warna kulitnya serta bentuk tubuhnya di samping itu ia mendandan rambutnya di atas kepala sehingga kelihatan seolah-olah bonggol unta.

3) Ia tidak menyerupai pakaian lelaki.

4) Ia tidak menyerupai pakaian-pakaian wanita kafir.

5) Ia bukanlah daripada sebarang jenis perhiasan.

6) Tidak nipis sehingga boleh menyifatkan apa yang ada di dalamnya.

7) Ia bukanlah pakaian berfesyen di mana terdapat perhiasan dan daya tarikan mengikut aliran masakini sepertimana yang tersebar di kalangan wanita kita hari ini. Ini kerana walaupun mereka menutup muka, kaki dan tapak tangan mereka namun pakaian mereka berwarna warni, menarik lagi cantik dipandang sehingga menarik perhatian orang kepada mereka walaupun menurut sangkaan mereka sendiri, ” Kami telah berhijab”.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya hijab adalah penghalang dari terzahirnya kecantikan kepada lelaki-lelaki ajnabi. Imam Az-Zahabi berkata: Di antara perbuatan-perbuatan wanita yang dilaknat adalah mendedahkan perhiasan dan barang kemas di bawah purdah mereka dan memakai minyak wangi yang semerbak serta pelbagai jenis tabarruj yang lain, yang mana Allah SWT memurkainya dan memurkai orang yang melakukannya di dunia dan di akhirat.

Sedangkan hijab melindungi mereka seumpama mutiara manikam yang tersimpan rapi, tidak boleh dimiliki oleh sebarangan orang melainkan orang yang layak memilikinya….

(bersambung..)

p/s: Artikel ini dipetik daripada tulisan Al-Fadhil Ustaz Usamah Almizi (Madrasah Addiniyyah Lilbanat, Johor)

1 comments:

humairah said...

ehm.. entri yang bagus untuk panduan.. Semoga kita diberi taufiq untuk mengamalkan...

Post a Comment

kepada pelawat yang budiman, sila tinggalkan komen sebelum anda keluar.. terima kasih

 

"..terima kasih kepada pengunjung yang sudi melawat di blog ini.. senyumlah seikhlas hati, kerana dengan senyuman hati akan menjadi riang..."

Welcome to Ukhuahfillah.blogspot.com.
Template by: Abdul Munir