Welcome to ukhuahfillah.blogspot.com.. thanks to all.. Selamat datang saya alukan Kepada anda surfers budiman, semoga ukhwah dapat dibina.. Semoga silaturahim dapat dijalinkan

Wednesday, February 25, 2009

Refleksi My-Microteaching

slide 1: ni aku guna utk kaitkan dengan student's prior knowledge:

cikgu: Ok class, i want to ask you, have you going to any beach in Malaysia?
students: Yes, sir..

cikgu: what you can see there??
students: sea, sand, etc...

cikgu: Ok, very Good..


slide 2: yang ni ler mbuatkan "student" aku tergelak.. ade ke patut gambar cendol pun masuk...

cikgu: How about this?? have you ever look this kind of matter??
students: Hahahaha.. Yes, of course.. This we call cendol sir..


slide 3: gambar bangunan dan asap yang bkepul2..

slide 4: Conclusion on what i'm going to teach my "students"...


Refleksi 2:

“Ok, .. For overall, you have done it good!!”

“....But, one thing that I noticed on your introduction just now, you not mentioned about what are the things that you want to discuss in your class. Isn’t? You only going through your slides, and forget to mention about it...”

“..Actually, in any introduction stage, you have to make a raughly overview on what you going to teach in your class, so that your students will know what are the things that they will learn on that day. In simple words, you should built a flow of thoughts before you proceed for your lesson...”

“..but, for the rest parts, you have done it very well. And, you also have succesfully create your student’s attention by showing them the diagram of Cendol.. i think it was a good introduction...”

**************************

Komen daripada Dr. Nurul berkenaan dengan microteaching yang aku buat tempoh hari terasa masih terngiang-ngiang di dalam kotak ingatan aku. Dalam menyempurnakan microteaching untuk fasa introduction, aku hanya dibenarkan untuk mengambil masa lebih kurang 5 hingga ke 7 minit sahaja. Dalam tempoh masa yang singkat inilah, aku perlu bijak dalam memastikan beberapa kriteria penting ketika mengajar perlu aku penuhi. Antaranya ialah attract student’s attention, create motivation, structuring, and making connection.

Semua elemen ini dilihat sebagai suatu yang amat penting dan perlu diambil berat oleh setiap guru dalam memulakan suatu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khususnya. Hal ini kerana, sekiranya semua elemen ini mampu dipenuhi, perhatian pelajar terhadap apa yang ingin diajar akan lebih tertumpu, di samping itu kesediaan mereka bukan sahaja dari segi kognitif, bahkan dari segi afektif mampu disediakan untuk menerima ilmu yang akan diajarkan oleh guru.

Namun yang demikian, persediaan untuk memastikan semua elemen itu mampu diterapkan semasa introduction tidaklah semudah yang aku sangkakan. Persediaan lebih kurang seminggu sebelum microteaching itu aku anggap suatu tempoh masa yang begitu singkat, walaupun sekiranya difikirkan mengikut rasional, seorang guru yang hendak membuat persediaan untuk Introduction stage sahaja, masa seminggu itu dikira sebagai suatu tempoh masa yang agak lama. Tetapi itu sekiranya diambilkira dari segi rasionalnya sahaja, namun sekiranya ia dipertimbangkan mengikut persepsi aku pula, tentunya ia amat berbeza!!

Sebagai seorang yang masih belajar untuk menjadi seorang guru kelak, pengalaman aku dalam mengendalikan sesi pengajaran dalam kelas begitu cetek, bahkan mungkin tiada langsung. Justeru, inilah yang menjadi penyumbang paling besar kepada masalah utama menyebabkan aku tidak mampu menyampaikan microteaching dengan baik. Kurangnya pengalaman mengajar!! Aku sedar semasa microteaching hari tu, terasa macam hendak pitam sahaja perasaan aku pada ketika itu. Walaupun secara zahiriahnya aku seakan confident dengan apa yang aku sampaikan, namun jauh disudut hati, betapa sukarnya melalui saat-saat itu.

Walaupun mengikut pengalaman yang lepas, presentation adalah sesuatu yang amat aku gemari, kerana bagi aku, presentation adalah platform yang terbaik bagi seorang bakal guru untuk membina kemahiran insaniah yang ada dalam diri mereka, sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru kelak. Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa aku menganggap presentation itu sebagai suatu yang menarik? Sebenarnya bagi aku, pada ketika melakukan presentation itulah adalah masa yang aku fikirkan amat bersesuaian untuk dimanfaatkan bagi mengasah kebolehan aku untuk menggunakan bahasa Mat Salleh secara spontan.

Walaupun ramai daripada teman seperjuangan aku yang menganggap presentation itu sebagai suatu medan yang amat payah untuk dilalui, lebih-lebih lagi apabila bahasa pengantar yang perlu digunakan ialah Bahasa Inggeris. Bagi aku, itu sebenarnya adalah cabaran bagi setiap pelajar yang bakal bergelar seorang guru, especially guru Sains.. Penguasaan bahasa antarabangsa itu dianggap sebagai suatu kewajipan yang perlu dipenuhi oleh setiap daripada bakal guru Sains, bukan sahaja kepada pelajar di Universiti Pendidkan Sultan Idris ini, bahkan hampir di semua pusat institut pengajian tinggi.

Tapi yang peliknya, ketika mengendalikan microteaching tersebut, aku berasa setiap butir perkataan yang hendak diucapkan begitu sukar sangat hendak keluar dari mulut aku. Natijahnya, aku tergagap-gagap untuk menyampaikan setiap butir patah perkataan aku. Mungkinkah kurangnya persediaan untuk microteaching ini menyebabkan keadaan ini terjadi pada aku? Atau, kurangnya penggunaan Bahasa Inggeris ini dalam kehidupan seharian aku? Aku tidak menafikan semua faktor tersebut, kerana aku sememangnya amat payah untuk mempraktikkan bahasa penjajah itu dalam komunikasi harian aku dengan masyarakat sekeliling. Suasana masyarakat sekeliling sebenarnya banyak mempengaruhi cara komunikasi aku. Untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, ia seumpama suatu perkara yang menjengkelkan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi yang berbangsa Melayu terutamanya. Keadaan ini membuatkan aku tidak dapat membiasakan diri menggunakan Bahasa Inggeris dalam pergaulan seharian.

Secara kesimpulannya, melalui pengalaman aku mengendalikan microteaching kali ini sedikit sebanyak membuka minda aku bahawa bukan setakat menguasai konten sesuatu topik itu sahaja yang penting, tetapi kaedah penyampaiannya turut perlu diberi perhatian serius, ataupun lebih dikenali sebagai Pedagogical Content Knowledge (PCK) itu amat perlu untuk dikuasai oleh setiap guru. .


RUANGAN USIK-USIK

Wednesday, February 11, 2009

Nasihat LUQMAN al-Hakim r.a

Kepada kengkawan semua, entry kali ni aku fikir lain daripada yang len..

Nape plak??

Sb sebelum ni byk sgt merapu jer entry yg aku post kan..iyeker?? biasala, nak ilangkan keboringan kan, jd blog la jd mangsanya..kan..kan..

Tapi kali ni, aku rasa nak kongsi dengan kengkawan semua tentang nasihat LUQMAN al-Hakim r.a kepada anaknya.. Rasanya nasihat ni pun amat sesuai utk kita semua..

Mari kita renungi bersama..

LUQMAN al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kewafatan: "Wahai anakku! Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian:

1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki.

2. Sembahlah Tuhanmu, sekadar keperluanmu kepada-Nya.

3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana.

4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu (dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya.

5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah.

6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikat-Nya tidak dapat melihat dirimu.


Semoga Allah Taala bg Taufiq dan hidayah utk kita amal dan sampaikan..

Wallahu 'alam..

Thursday, February 5, 2009

Mai beli madu...

Assalamualaikum semua kengkawan yang bek ati..

Entry kali ni aku nak citer pasal madu plak.. bukan madu (isteri kedua atau ketiga yer..) tapi madu yang org dok minum tu... Mesti korang tau kan...

Sebenaqnyer aku ni nak jd bisnesman jual madu.. hukhuk... dengar citer, keje jd bisnisman ni boleh dpat untung banyak, iyer ker?? iye kot... Yang penting tau handle bisnis tu la..

Kalo dapat byk untung, boleh la aku simpan tuk buat wang hantaran kawin kan...??? hahaha... Ops..!! Terlebih Sudah...!!! (mcm pena dengaq jer ayat nih) Sori tersyasul la pulok...
ke situ plak aku ni... gatai nak kawen ka? Eh, takdokla.. mane ade gatai... Biasa-biasa je... huhu..

Ok, sambung citer pasal madu plk...
Org kampung aku habaq, Madu ni sebenaqnya sgt bkesan tuk mbuang asid dan segala macam bende2 yang tak elok (pendek kata toksik) daripada tubuh badan kita ni... (ni ayat nak pancing customer la ni)

Khasiat pulok banyak sangat.. mai aku citer satu-satu yer apa khasiat minum madu ni.. dengaq baik2 no...
  1. Menambah ke'power'an tenaga batin - the most important!!!! eee..gatai nyer...
  2. Menghilanglan letih dan mengantuk semasa memandu - so kalo korg yg tengah nk amik lesen memandu tu, aku syorkan korg minum madu dlu ok... ayat nak suh customer bli la tu...
  3. Menghilangkan lenguh badan
  4. Mengubati penyakit resdung
  5. Mencergaskan minda - klo korg rasa minda korg kurang cergas, bli la madu kat aku yer.. hukhuk
  6. Sesuai utk pompuan yg baru bersalin - ni khas bg yg dah kawen jer tau, yg masih single tu, cepat2 la kawen yer.. especially tuk pompuan..
  7. DLL... - ni aper plak ni? DLL= Dan lain-lain...
So kesimpulannya, mudah jer... Mai la datang beramai2 tuk bli madu kat aku..

*Khas kpd yang study kat UPSi jer yer... yg duk jauh tu, korg cari la tempat2 yang ade juai madu...


Ni antara madu yang masih ada dlm stok simpanan aku:


Madu Tualang Asli
Harga pasaran RM20.oo jer
(tinggi botol 17cm, diameter tapak 4.5cm)




Madu Tualang Asli (+ Habbatussaudah)
Harga pasaran RM25.oo
(tinggi botol 17cm, diameter tapak 4.5cm)

Madu Tualang Asli (+Tongkat Ali)
Harga pasaran RM25.oo
(tinggi botol 17cm, diameter tapak 4.5cm)

Monday, February 2, 2009

Buat Keje Sekolah...


Dah pukul 1.07 pagi, baru nak study yer...???


"Pak su, bila dah habis keje tu, tolong adik wat keje sekolah yer..."
"Bereh.. Mai buku sekolah, bawa sini.. Paksu nak tgok.."

"Ni ha.."
"Banyaknyer keje sekolah.."

"A'ah.. dah seminggu tak buat..."
"Awat la malas sgt ni.. Macam ne nak pandai kalo macam ni..Lepas ni kena rajin la wat keje sekolah tu yer... Nanti cikgu marah.. Allah tak suka orang yang malas2 tau.."

"Baiklah paksu.."
Nak wat keje sekolah ni, kena concentrate...

"Ok, soklan yang ni suh kita warna..."

"Paksu, nak guna warna apa erk??"
"Alaa.. guna jer warna apa2 pun.. warna merah pun boleh jer... "

"Baik.."
"Ok, lepas dah selesai warna tu, gtau Paksu yer.. Paksu nak pi buat nescafe sat .. ngantuk dah ni.."
"Minuman dah siap...."
"Nanti dulu Paksu, adik nak siapkan keje ni skit jer lagi... Paksu minum la dulu..."


"Paksu, mcm ne nak buat ni?
"Mudah jer tu... mai Paksu tgok sat.."

"Nak tulis arab ker Paksu??"
"Bukanlah... tulis jawi jer... Mai Paksu ajar"

"Paksu...ni nak tulis kat kotak maner ni"
"Tu ha... kotak yang ader gambar betik tu..."

"Yang ni plak?? nak bubuh kat sini ker??"
"Aah.. tau pun..."

"Paksu tau matematik tak??"
"Boleh la sikit-sikit.."

"Susahlah..."
"Ader tak cikgu ajar kat sekolah??"

"Adik dah lupa la Paksu.."
"Tu la...cuti seminggu ni asyik p main kat bawah jer..."

"hehe..."
"Ok, mai Paksu tunjuk cara nak buat..."


"Kepada kengkawan sekalian, okla yer... sy nak siapkan keje sekolah sy dulu ni... Malam ni, kena stay up la nampaknyer..." Paksu pun dah nangtuk dah tu.... zzz....zzzzz...zzz.....
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

kepada pelawat yang budiman, sila tinggalkan komen sebelum anda keluar.. terima kasih

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
 

"..terima kasih kepada pengunjung yang sudi melawat di blog ini.. senyumlah seikhlas hati, kerana dengan senyuman hati akan menjadi riang..."


Welcome to Ukhuahfillah.blogspot.com.
Template by: Abdul Munir