Welcome to ukhuahfillah.blogspot.com.. thanks to all.. Selamat datang saya alukan Kepada anda surfers budiman, semoga ukhwah dapat dibina.. Semoga silaturahim dapat dijalinkan

Wednesday, February 11, 2009

Nasihat LUQMAN al-Hakim r.a

Kepada kengkawan semua, entry kali ni aku fikir lain daripada yang len..

Nape plak??

Sb sebelum ni byk sgt merapu jer entry yg aku post kan..iyeker?? biasala, nak ilangkan keboringan kan, jd blog la jd mangsanya..kan..kan..

Tapi kali ni, aku rasa nak kongsi dengan kengkawan semua tentang nasihat LUQMAN al-Hakim r.a kepada anaknya.. Rasanya nasihat ni pun amat sesuai utk kita semua..

Mari kita renungi bersama..

LUQMAN al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kewafatan: "Wahai anakku! Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian:

1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki.

2. Sembahlah Tuhanmu, sekadar keperluanmu kepada-Nya.

3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana.

4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu (dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya.

5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah.

6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikat-Nya tidak dapat melihat dirimu.


Semoga Allah Taala bg Taufiq dan hidayah utk kita amal dan sampaikan..

Wallahu 'alam..

0 comments:

Post a Comment

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

kepada pelawat yang budiman, sila tinggalkan komen sebelum anda keluar.. terima kasih

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
 

"..terima kasih kepada pengunjung yang sudi melawat di blog ini.. senyumlah seikhlas hati, kerana dengan senyuman hati akan menjadi riang..."


Welcome to Ukhuahfillah.blogspot.com.
Template by: Abdul Munir