Welcome to ukhuahfillah.blogspot.com.. thanks to all.. Selamat datang saya alukan Kepada anda surfers budiman, semoga ukhwah dapat dibina.. Semoga silaturahim dapat dijalinkan

Wednesday, January 28, 2009

Cuti-cuti Malaysia (editted)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada kengkawan semua..

Apa khabar? manyak sihat ka? aku harap semua sihat2 belako yer.. kalo kurang sihat tu, takpe, kita syukur sb Allah nk kaffarah kan dosa2 kita yg lalu... ok..?

Aku nak kongsi pengalaman aku p jalan2 kat Cameron Highland baru2 ni.. iyela, time cuti seminggu yang ader ni la kita nak manfaatkan untuk p tengok kebesaran Allah kan... So, kali ni destinasi ialah kat Cameron Highland tu..

Sebenarnya inilah first time aku p sana... walaupun dah duk lama kat semenanjung ni, baru kali ni berpeluang menjejak kaki di sana...

panorama kat cameron highland.. risau jg naik bas p sini, macam nak masuk gaung jer, driver bas tu dah ler bw laju, risau aku dibuatnyer... kawin pun tak lagi nih.. hehe.. ke situ plk yer...

masa kat dlm bas, sempat amik gambar gerai2 kat laluan nak sampai ke cameron..

ni kalo tak silap, gambr aku amik masa kat Lata Iskandar.. tapi aku tak turun kat sini la.. bas yg aku naiki tu bhenti kejap jer kat sini sb ade pelancong yang turun..

ni plak gambar epal hijau... first time tgok epal kat atas pokok.. tapi tak boleh nak makan la, sb epal ni rasanya hny utk phiasan jer... iyeker? hehe.. ni pendapat aku jer..

korang tau tak, ape name bunge ni..? org kampung sy ckp, ni ler "sunflower"...

ni ler tempat strawberry banyak dijual... tapi yg sedihnyer, masa aku n member smpi kat sini, smua stok strawberry dah kena jual... so, dorg kata, kalo nk bli juga, kena tunggu dorg p petik dulu la... disebabkan masa suntuk, so kami pun pulang tanpa bli strawberry.. isk2...

tak dpt beli pun, amik gmbr jer dah ler.. boleh masuk dlm blog kan? kan?

kat Malaysia pun dah ader mende ni yer..

rasa macam nak petik jer buah anggur tu, pastu makan... mesti fresh kan.. tapi buah ni berada kat taman larangan... hukhuk.. sedihnyer.. amik gambar jer buleh... makan tak buleh...

ni makhluk yang tak dpt dikenal pasti... nak p solat ker? bagui2..
melancong2 jugak kan.. solat jgn tinggal....

Friday, January 23, 2009

Refleksi (ayat skema)

Semester ini aku terasa begitu banyak sangat bebanan tugasan yang perlu diberikan perhatian. Ia seakan datang bertimpa-timpa ke atas pundak bahu aku. Rasanya macam hendak pitam perasaan aku apabila menyenaraikan semua tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah aku. Masa yang aku ada seumpama tidak mencukupi bagi menampung semua tugasan tersebut untuk diselesaikan. 24 jam sehari seumpama tidak mencukupi bagi aku. Ia seakan berlalu begitu pantas. Keaadan inilah yang menyebabkan aku berasa sedikit tertekan apabila memikirkan komitmen yang perlu aku sempurnakan.


Tetapi apabila memikirkan bahawa ini semua adalah tanggungjawab yang perlu aku pikul sebagai seorang pelajar, aku terpaksa redha. Oleh yang demikian, minda aku sentiasa ligat berputar mencari-cari waktu yang sesuai untuk aku gunakan dalam menyempurkan setiap tugasan yang ada. Setiap detik yang berlalu begitu berharga bagi aku.


Projek ilmiah adalah salah satu tugasan yang aku anggap mencabar ketika ini. Pelbagai perkara perlu difikirkan untuk mengendalikan projek tersebut. Memikirkan kertas kerja yang perlu disiapkan secepat yang mungkin, menjadikan aku semakin tidak keruan. Memandangkan proses birokrasi yang perlu dilalui sebelum kertas kerja itu mendapat “approval” dari pihak atasan, menambahkan lagi kekalutan dalam minda aku.


Alhamdulillah, mujur pengalaman-pengalaman lepas yang aku miliki dalam mengendalikan program seumpama ini, sedikit sebanyak memudahkan aku melaksanakan projek ilmiah tersebut. Aku beranggapan tugas selaku Timbalan Pengarah bagi projek ilmiah tersebut tidaklah seberat tugas seorang Pengarah program, dan keadaan ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan tanggungjawab yang perlu aku pikul.


Bukan itu sahaja, dalam subjek yang sama, aku juga terpaksa memikirkan apakah kaedah yang paling sesuai yang perlu aku gunapakai bagi proses Introduction untuk tugasan microteaching. Aku bukanlah seorang yang kreatif dalam hal-hal seumpama ini, sedangkan kreativiti adalah suatu elemen yang dianggap penting oleh pensyarah yang menilai dalam sesuatu microteaching itu. Oleh itu, aku telah mengambil masa yang agak lama menelaah tugasan-tugasan senior yang lepas untuk dijadikan sebagai panduan dalam membina set induksi yang baik. Walaupun demikian, ia bukanlah suatu kerja mudah bagi aku yang kurang berpengalaman ini untuk membina sendiri set induksi yang menepati cirri-ciri yang kreatif dan menarik.


Aku dimaklumkan agar setiap proses Introduction mestilah mempunyai kaitan dengan topik yang hendak diajar di samping mampu menarik perhatian pelajar. Hal ini kerana Introduction skill memainkan peranan yang amat penting untuk menarik perhatian pelajar terhadap topik yang hendak diajar. Attract attention, create motivation, structuring dan making connection adalah antara beberapa aspek yang aku kena ambil kira dalam memastikan proses Introduction ini mampu menjadi platform terawal untuk menimbulkan minat pelajar untuk belajar. Pensyarah aku seringkali menekankan agar semua aspek ini diberi perhatian semasa mengajar agar proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan mampu mencapai objektifnya.


Pada kebiasaannya minat pelajar akan teruja sekiranya pada permulaan pembelajaran lagi mereka didedahkan dengan sesuatu yang menyeronokkan. Tetapi sekiranya perkara yang sebaliknya berlaku, berkemungkinan besar motivasi untuk belajar yang ada dalam diri pelajar akan berkurangan.. Keadaan ini secara tidak langsung boleh menyebabkan mereka kurang berminat untuk menumpukan perhatian terhadap topik yang diajar oleh guru pada hari tersebut.


Tambahan pula, pengalaman aku dalam mengendalikan sesi pengajaran terlalu cetek, kerana seingat aku tidak ada subjek khusus sebelum ini yang memberi pendedahan secara terperinci dalam mengendalikan kelas. Aku menjadi kurang berkeyakinan dengan kemampuan yang aku miliki. Berdasarkan pengalaman-pengalaman aku yang lepas, apabila diminta untuk membuat presentation, perasaan gugup akan terasa semakin menebal dalam diriku. Apatah lagi apabila presentation itu memerlukan aku untuk menyampaikannya dalam Bahasa Inggeris. Aku sedar bahawa aku bukanlah seorang yang fasih dalam bertutur bahasa antarabangsa itu, apatah lagi apabila berhadapan dengan audience yang ramai. Keadaan ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kerunsingan aku apabila memikirkan tugasan ini.


Di samping komitmen untuk menyiapkan tugasan ilmiah ini, jawatan sebagai presiden kepada sebuah kelab di universiti ini juga memerlukan aku untuk bijak dalam mengurus masa. Aku sedar tanpa pengurusan masa yang efektif, aku mungkin akan berhadapan dengan masalah yang besar dalam menyempurnakan tanggungjawab itu dengan baik. Justeru, sebagai langkah awal, aku telah menyediakan jadual waktu belajar harian yang aku fikirkan bersesuaian dengan kemampuan aku sebagai seorang pelajar. Jadual waktu ini aku anggap sebagai guideline agar aku tidak mensia-siakan setiap masa yang ada dengan aktiviti yang tidak bermanfaat.


Alhamdulillah, setakat ini walaupun saban waktu bergelumang dengan tugasan yang semakin bertambah, aku masih mampu untuk menapak dengan teguh. Insyaallah, dengan berbekalkan niat yang betul, setiap tugasan yang diberikan akan dianggap sebagai suatu amanah yang perlu diselesaikan dengan sebaik-baiknya.


---------------------------------------------------------------------------------------------------
*sebenarnya apa yang korang baca kat entry aku ni sebenarnya antara tugasan yang perlu aku buat, pensyarah kitorang suh kami buat refleksi tentang ape2 yang ade kat kepala kitorang, jadik aku pun citer la bende2 ni.. huhu....

disebabkan aku takde idea nak post entry baru kat blog aku ni, so aku copy n paste je la tugasan aku kat sini... haha..

tu sebab ayat2 yg aku gunakan skema skit la...
---------------------------------------------------------------------------------------------------


Friday, January 16, 2009

Fizik Moden yang best..

Alhamdulillah.. Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

hari ini aku rasa sedikit rilex berbanding hari-hari sebelumnya.. iyela, hari ni hari Sabtu, takde kuliah, so rilex la sikit... kalo sebelum ni, asyik ulang-alik pi kampus, letih jg rasanya, dah le kena berebut nak naik bas, dah tu ramai plak pelajar nak p kampus..

Sabaq je la, nak beli motor, malas la plak.. malas nak fikiq tang minyak, nak repair lagi, dan banyak lagi la... nak beli keta plak, lesen takdok lagi ni... huhu.. keta sorong bolehla...

Sebenarnya aku nak kongsi citer skit kpd kengkorang yang rajin sangat tgok blog aku ni, mesti korang kata, naper la blog ni lama tak bubuh entry tbaru kan?? hehe.. perasan plak aku ni, macam ler blog ni jer yang wujud kat muka bumi Allah ni..

citer aku ni takdela panas sangat, sajer jer nak mengisi kelapangan masa yang aku ader, so jari aku ni pun ringan jer nak taip kat laptop member aku (PC aku dah hang..malas nak baiki.. nak tukar laptop baru jer...)..

Semester ni Subject major aku ni memang best, tiap2 semester memang best, sampai nak berputar2 kepala otak aku nak baca, fahamkan apa yang aku baca tetang subjek aku ni.. takdela susah sangat, tapi susah sikit2 jer.. tapi yang sikit2 tu, kalo dihimpunkan, jd banyak jg la kan.. so, kesimpulannya, memang susahler..

lagi2 subjek Fizik Moden aku ni, ntahla nak kata subjek ni tak best, bimbang lecturer terasa hati plak sb aku kata subjek dia tak best, cumanya subjek dia ni aku susah skit nak follow.. kat kuliah, aku dah siap bagi sepenuh tumpuan, hingga member aku kat tepi aku tak layan.. huhu.. takdela sampai tahap macam tu..

tapi sampai sekarang ni, masih lagi blur2.. faham tu, ada la jugak, bukan tak faham semuanya, tapi hampir semuanya jg la yang aku bingung nak fahamkan..!!!??

Tapi yang bestnyer subjek ni, lecterur ni sempoi sangat, takde la aku ni tension masuk kelas dia, ceria jer lecturer ni.. pastu muda lagi, so senangla dibawa berbincang.. takdela stret sangat..

So, aku ade upload skit nota yang aku tulis masa dalam kuliah, mungkin ade member2 kuliah aku tak sempat nak tulis, korang boleh refer gamabr2 kat bawah jer.. itu pun kalo korang boleh fahamlah... huhu..

Okla selamat belajar...jangan malas2 tau..



description 1: Stationary and moving frames.

description 2: ni gambar contoh jer, ader gambar org, pastu ade keta, atas keta tu ader org baling bola, jadik la macam dalam gambar kat atas tu...


description 3: ni aku tak tau nak describe macam ner, korg tgok n faham kan jer la yer..

description 4: ni gambar org dalam tren, gambar kotak tu represent tren la.. hehe...

Friday, January 9, 2009

SEINDAH MAWAR BERDURI (part2)

Pelajar–pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM terus memfokuskan perhatian kepada Dr.Maisarah sebaik sahaja kelas bermula.

“Kenapa sorang jea hari nie? Mana Hijriah?” tersembul pertanyaan itu dari mulut Tsabit sedangkan Dr.Maisarah sedang lantang memberikan kuliahnya. Seolah–olah dia ingin memulakan perbualan. Konsentrasi Khazinatul Asrar terganggu seketika. Bibirnya digetap. Geram. Astargfirullah…

“Maafkan saya, saudara. Kita di dewan kuliah sekarang nie!” Khazinatul Asrar bernada agak tegas tanpa menjeling sedikitpun kepada Tsabit apatah lagi untuk menoleh. Dia tidak mahu membuka ruang kepada Tsabit yang sering mencari peluang.

Pandangannya tetap setia tertumpu pada Dr.Maisarah namun pertanyaan Tsabit itu membuat fikirannya melayang memikirkan Hijriah yang tidak datang ke kuliah. Persoalan–persoalan yang berlegar di mindanya ditambah pula dengan ketidakselesaan didampingi Tsabit menyebabkan dia tewas untuk memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah.

Dalam sedar mahupun tidak , fikirannya melayang entah kemana. Wajah Hijriah berlegar–legar disudut ingatan. Masakan tidak, Hijriah bersiap–siap seperti biasa pagi tadi. Ceria seperti hari–hari biasa. Langsung tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia sakit. Tak mungkin tiba–tiba sahaja dia jatuh sakit. Apa yang telah terjadi kepadanya?

Terbit pula kesalan dihatinya kerana tidak pergi ke dewan kuliah bersama–sama Hijriah. Bukan apa, Hijriah suka datang lambat sedangkan Khazinatul Asrar lebih gemar datang awal ke dewan kuliah agar bolehlah dia mengulangkaji secara ringan sebelum kuliyah bermula.

Tsabit yang menyedari dirinya telah menimbulkan kemarahan Khazinatul Asrar lagi, mula memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dia selalu tersilap waktu untuk cuba mendekati gadis pujaannya itu. Lantaran itu, setiap kali cuba mendekati Khazinatul Asrar, dia pasti dimarahi secara lembut tetapi tegas olehnya. Malah, sejak awal perkenalan, dia tidak pernah diberi walau seulas senyuman sekalipun.

Namun, Tsabit adalah seorang pemuda yang tidak mengenal erti serik dan jemu. Sopan santun, kelembutan, keayuan, akhlak dan keperibadian Khazinatul Asrar membakar semangatnya untuk tidak tewas memenangi hati gadis tersebut. Saban waktu, malamnya ditemani mimpi seraut wajah yang bermahkotakan tudung labuh sebagai penghias diri dan dilindungi jubah, sunnah sahabiah. Dia igaukan seorang bidadari yang beridentitikan Muslimah sejati.

‘Tomorrow…please present this topic. Assalamualaikum..’” Dr Maisarah mengakhiri sesi kuliyahnya yang telah sejam berlalu.

“Astargfirullahal azhim…apa yang aku dapat hari ni?” spontan Khazinatul Asrar menuturkan kata–kata itu membuatkan Tsabit berpaling kepadanya. “Kenapa Asrar?” Tsabit memberanikan diri bertanya. Prihatin.

“Err.. nothing!” Khazinatul Asrar cepat–cepat berdalih dan mula menyibukkan diri mengemas buku–buku di hadapannya.

“Saya tahu, awak tak salin apa–apa nota tadi, kan? awak fikirkan sesuatu ye?!” Tsabit cuba menduga. Memang sepanjang kuliah matanya sering menjeling-jelling. Khazinatul Asrar bingkas bangun dari kerusinya untuk segera mengakhiri perbualan yang tidak diminta itu.

“Maaf, saya nak pulang dulu,” getusnya seolah–olah acuh tak acuh dengan pertanyaan Tsabit.

“Ish, sombongnya!” keluh Tsabit.

“Sombong pun sombonglah.. thanks!’” balas Khazinatul Asrar bersahaja. Langkahnya mula diatur. Pantas Tsabit memintasnya.

“Nanti…!” halang Tsabit. Khazinatul Asrar menundukkan pandangannya. Tidak sanggup untuknya menentang renungan mata dari pemuda yang berdarah Melayu-Libya itu. Dia hanya mampu mendengus lemah. Geram bila langkahnya disekat. Hatinya berzikir.
“Err…Kalau awak sudi, pinjamlah nota saya nie,” sambil tangannya menghulurkan sebuah buku nota yang cantik bersampul biru muda.

“Terima-kasih jealah…saya boleh merujuknya semula dengan rakan-rakan perempuan yang lain,” balas Khazinatul Asrar. Menolak.

“Kalau macam tue, awak tolonglah pinjamkan nota saya nie untuk Hijriah.” Tsabit masih tidak berputus asa. Dia tahu Hijriah sebilik dengan Khazinatul Asrar. Masih ada strategi lain!

“Sekali lagi, terima kasihlah saudara. Hijriah pun boleh merujuk nota lain bersama saya nanti. Lebih baik saudara bawa pulang saja nota saudara nie dan buat revision untuk presentation esok,” tegas Khazinatul Asrar.

“Ish, sombong betullah. Tak baik tau! Allah tak suka orang sombong. Baca dalil karang, baru tau…” Tsabit mula geram dengan penolakan demi penolakan.


“Jangan memandai dengan dalil, tengok situasilah. Allah lagi tak suka orang…” kata-kata Khazinatul Asrar cepat–cepat dipotong….

“Awak memang tak sudi dengan nota saya dan macam–macam alasan awak bagi. However, saya amanahkan awak pinjamkannya untuk Hijriah.” Tsabit bernada merajuk dan meninggalkan notanya diatas kerusi sambil berlalu pergi.

Khazinatul Asrar menggeleng–gelengkan kepalanya. Dia berasa geli hati dengan perbuatan Tsabit yang beria–ria untuk meminjamkan buku notanya. Bagaikan hanya dia seorang sahaja yang menyalin nota Dr.Maisarah. Setelah difikir–fikir, Khazinatul Asrar akhirnya membawa pulang nota Tsabit itu untuk diberikan kepada Hijriah memandangkan perkataan ‘mengamanahkan’ yang Tsabit tuturkan.

Langkahnya disusun kemas untuk pulang ke kamsisnya. Lamunan tentang Hijriah hadir lagi, seolah–olah episodnya bersambung sejak dari dewan kuliah tadi. Hijriah belum pernah ponteng kuliah seperti hari ini. Sebagai teman sebilik, dia terlalu ingin tahu keadaan Hijriah di saat itu.

Sakitkah dia?

Khazinatul Asrar mula berasa bersalah terhadap dirinya sendiri yang mungkin terlalu sibuk mengejar waktu hingga agak mengabaikan situasi teman sebiliknya itu sejak kebelakangan ini.

Penglibatannya sebagai salah seorang perwakilan pelajar PMUKM ( Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ) sudah cukup membuatkan hari–hari yang dilaluinya terlalu padat dan singkat.

Tenaga, wang dan waktu lapang banyak dikorbankan untuk perjuangannya di kampus itu. Waktu malamnya pula dihabiskan untuk menyiapkan assignment di Perpustakaan Tun Sri Lanang, perpustakaan terbesar di asia tenggara. Baginya tiada istilah rehat selagi dia tidak mampu menyeimbangkan sebijaksana mungkin masa yang dia ada untuk menunaikan tanggung jawab.

Khazinatul Asrar menyedari kebenaran kata–kata As-Syahid Al-Iman Hassan Al-Banna:
“…kewajipan yang perlu kamu lakukan lebih banyak daripada masa yang kamu ada.”


~Sesegar hijau daunan, begitulah kita diibaratkan…tiada siapa yang bisa memisahkan kita…antara kita semua…~


Dari tangga kamsis lagi, lagu favourite Hijriah itu bergema kedengaran. Kuat sekali. Khazinatul Asrar menggeleng–gelengkan kepalanya dan terus menyusun langkah menuju ke biliknya tyang terletak di barisan ketiga, level 1. Tidak syak lagi, irama nasyid dendangan In-team itu memang datang dari biliknya. Dia dapat menduga bahawa Hijriah pasti ada di dalam bilik.

“Assalamualaikum, Hijriah. Asrar balik nie!” pintu yang tidak berkunci itu dikuaknya perlahan–lahan. Salamnya tiada jawapan. Didapatinya Hijriah sedang tidur dengan bantal ditelangkupkan diatas kepala. Kipas siling berputar ligat dengan penunjuk mengarah full. Lagaknya bagaikan orang yang ada masalah.

Khazinatul Asrar memperlahankan volume radio kerana bimbang mengganggu penghuni lain. Serentak dengan itu Hijriah terjaga dari lenanya yang mungkin tidur – tidur ayam sahaja.

“Eh, Asrar dah balik rupanya…” Hijriah berkata lembut sambil membetulkan kedudukan bantalnya. Khazinatul Asrar mengukir senyuman. Perlahan–lahan dia menghampiri Hijriah dan duduk di sebelahnya. Tangannya menjamah dahi Hijriah.

“Tak panas pun!” kata Khazinatul Asrar perlahan.

“Sejak bila pula saya demam?” balas Hijriah bersahaja.

“ Habis tue kenapa tak datang kuliyah pagi nie?” tanya Khazinatul Asrar pula.

“Err…topik baru ke hari nie?” Hijriah cuba mengalih perbualan.

“Hijriah…saya tanya nie!” Khazinatul Asrar tidak mahu Hijriah menyembunyikan sesuatu.

“Kenapa nie?” Khazinatul Asrar memujuk lembut.

“Tak ada apa–apa…betul!” Hijriah masih membuat aksi selamba.

“Habis tue, pagi tadi awak bersiap–siap bukan untuk ke kuliyah?”
Khazinatul Asrar masih tidak berpuas hati dengan jawapan Hijriah.

“Saya ke Mini Market. Beli Coklat Dairy Milk 10 packs untuk hilangkan tension,” jelas Hijriah berterus–terang.

“Kalau tak percaya, tengok dalam basket tu. Penuh plastik coklat, kan?!” Hijrah menguatkan kenyataannya.

“Hilangkan tension dengan coklat??? Hijrah yang saya kenali biasanya menatap Al- Quran bila ada masalah,” getus Khazinatul Asrar masih curiga.

“Saya tak ada apa- apa. Percayalah Asrar! Saya Cuma tension sikit saja pagi tadi…sekarang dah okey,” sambil bibirnya mengukir senyuman hambar.

“Kenapa tension sampai ponteng kuliyah?” Khazinatul Asrar terus bertanya. Hijriah terdiam.

“Ada masalah ye?! Kongsilah…” pujuk Khazinatul Asrar lagi.

“Tak ada lah…. mungkin nak period kot sebab tulah rasa tension,” Hijriah terus berdalih.

“ Period? Bukankah baru seminggu lepas….” Khazinatul Asrar mencelah. Mematahkan alasan yang mungkin sengaja direka–reka.

“Hijriah, kalau ada masalah, saya sentiasa bersama awak. Saya sentiasa sedia mendengar apa saja. Janganlah macam ni…” Khazinatul Asrar masih tidak jemu memujuk sahabatnya...

bersambung..

>>>Untuk mengetahui kisah selanjutnya, boleh download novel ni di sini <<

SEINDAH MAWAR BERDURI (part1)

Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.

Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti.
Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman.

Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar?

Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki?

Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu?

dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….

Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki? Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?

Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur,

“Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…”

Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…

.....................................................................................

“Khazinatul asrar , kau pencuri!”

Khazinatul Asrar tergamam melihat sekeping nota kecil berwarna biru lembut yang terselit di dalam buku Usul Fiqh nya. Seribu persoalan bertandang di benak fikiran.
“Apa yang aku curi?” bisiknya sendiri penuh kehairanan.

Matanya liar memerhati sekeliling dewan kuliah, manalah tahu kalau–kalau ada mata yang sedang melihat reaksinya tatkala dia menatap nota itu…mata yang mungkin sedang nakal melihatnya dirinya diperlakukan begitu. Namun tiada seorang pun daripada rakan sekuliahnya yang menunjukkan reaksi yang mencurigakan. Masing–masing sibuk dengan kerja sendiri.

“Biarkanlah..!!” hatinya berbisik lagi . Dia tidak mahu menyerabutkan fikirannya untuk berfikir soal nota kecil itu yang dirasakan suatu gurauan semata–mata.
Lengan jubahnya ditarik sedikit untuk melihat jam di tangannya. Sudah pukul 8.50 pagi! 10 minit lagi kelas Usul Fiqh akan bermula.

Sekejap saja lagi Dr.Maisarah yang sering mengawali waktu akan masuk untuk memulakan sessi kuliyahnya. Tepat seperti apa yang disangka, derapan laju tapak kasut seorang wanita 40-an itu memang cukup dikenalinya. Masuklah doktor falsafah dalam bidang Pengajian Islam itu. Tatkala itu juga, barulah Khaznatul Asrar sedar bahawa kerusi di sebelahnya masih kosong.

“Mana Hijriah?” getus hatinya. Pandangannya terbuang keluar pintu dewan untuk mencari–cari kelibat rakan sebilik, sekamsis dan sekuliahnya itu kalau-kalau dia terlewat datang. Hampa.

“Mungkin dia kurang sihat…kasihan dia tak dapat mengikuti kuliah hari nie. Tapi…betulkah dia sakit? kalau demam sikit–sikit tu, dia tak mungkin tinggalkan kelas. Hijriah bukan begitu orangnya…” hatinya berbicara sendiri. Sedikit rasa bimbang datang bertamu.

“Hijriah tak datang hari ni? Err , boleh saya duduk sini?”

Lamunan Khazinatul Asrar terhenti oleh sapaan Tsabit yang tiba–tiba datang melabuhkan punggung di sebelahnya tanpa diundang. Khazinatul Asrar hanya mampu berdiam diri, jiwanya beristighfar panjang kerana tidak selesa didampingi oleh seorang lelaki ajnabi. Apatah lagi lelaki itu memang sejak dulu lagi sering untuk cuba untuk mendekatinya tetapi tidak pernah dilayan.

..bersambung...

Monday, January 5, 2009

Pose Sunat Hari As-Syura

Assalamualaikum warahmatullah semua kengkawan di luar sana..

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku post new entry kat blog ni.. dah lama bcuti kan..

Tibe2 Allah ilhamkan utk aku post bende yg aku kira bermanfaat buat kita semua..

Untuk pengetahuan semua, Insyaallah hari rabu ni 7 Januari 2009 bersamaan 10 Muharram 1430 H merupakan Hari Assyura yang disunatkan berpuasa bagi Umat Islam.. Jadi mari kira beramai-ramai bpuasa sunat...

Dah lama tak pose kan? hukhuk..

Jadi tadi aku pun search la kat internet ni mane2 artikel yg sesuai utk menyambut kedatagn Hari Assyura ni.. Disebabkan Aku ni malas skit nak taip2 ni.. so copy n paste je la jwabnyer.. Tapi diharap ia dpt dimanfaatkan bersama..


Jom kita hayati..


PUASA HARI ASSYURA 10 MUHARRAM

Dalil tentang berpuasa pada hari ini ialah :

Maksudnya :

"Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Assyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa"

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a

Maksudnya :

"Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya."

Dan dalam riwayat lain :

"Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke-9. "

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura


(10 Muharram, bersamaan Rabu, 7 JAN 2009 )

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.


4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.


6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.


11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.

lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .


13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.




********************************


10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.


(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.


(3) Dicipta Adam a.s.


(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.


(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.


(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.


(7) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.


(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.


(9) Lemasnya Firaun.


(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.


(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.


(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.


(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.


(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.


(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.


(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.


(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.


(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.


(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.


Para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari "asyura" di dalam tiga kaedah:

1. Puasa pada 3 hari iaitu 9, 10 dan 11 muharam.

2. Puasa pada hari ke 9 dan ke 10 Muharam.

3. Puasa pada hari ke 10 sahaja.


Mudah-Mudahan kita diberi taufiq untuk mengamalkannya dan menyampaikannya kepada saudara-saudara Islam kita yang lain.


Insyaallah.

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

kepada pelawat yang budiman, sila tinggalkan komen sebelum anda keluar.. terima kasih

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
 

"..terima kasih kepada pengunjung yang sudi melawat di blog ini.. senyumlah seikhlas hati, kerana dengan senyuman hati akan menjadi riang..."


Welcome to Ukhuahfillah.blogspot.com.
Template by: Abdul Munir