Welcome to ukhuahfillah.blogspot.com.. thanks to all.. Selamat datang saya alukan Kepada anda surfers budiman, semoga ukhwah dapat dibina.. Semoga silaturahim dapat dijalinkan

Saturday, March 28, 2009

Jenjalan kat KL..

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh...

Alhamdulillah, kita lupakan dulu kisah "Aku yang tensen"... Silap ari bulan, yang baca entry tu pun akan jadi tensen.. kuang2x..

Sekadar mengisi masa yang terluang ni (assignment pun dah byk hntr..) ..so, aku update lagi blog aku ni... ni ler hobi aku... iyer ker? takde la, blog ni skadar suka2 jer.. takde la jadi hobi aku.. banyak lagi bende yg aku fkr lebih sesuai utk dijadikan hobi.. jdi kesimpulannya, blog is just my part time Hobby... hahaha.. hobi pun ade part time erk???

Sebenarnya aku nak kongsi ngn korg semua yg rajin baca entry aku ni... Aku beru je balik dari Kuala Lumpur semalam.. so nak citer la kat korg semua apa yg aku buat kat sana... Amboi2 semua nak citer... Iyer la, dah namanya "diari".. mestila byk citer2 kan..

Tapi yang personal/privacy.. Tak dapat citer kat sini... citer kat tempat len jer...

okla, jum baca "diari" aku selama shari suntuk kat KL...

28 hb Mac 2009
- 8.00am: Aku masih lagi kat area TM << tanjong Malim... More spesific.. UPSI
- 8.45am: Terpaksa pegi kampus sat, ader urusan padika Baginda.. huhu.. busy nyer dia.. -9.30am: Balik semula kat kolej.. sajer, boring2x.. so, download video je la keje aku.. keje part time..
- 1.00pm: Basuh kain.. mandi.. hah!! baru mandi ker?? eh takde la, sambil basuh kain, sambil2 tu mandi jg la... kain dah banyak bertimbun.. letih aku nk basuh.. biasala org 'bujang'..
-1.30pm: Solat ZOhor
-3.30pm: Bertolak ke KL
-5.30pm: Sampai kat destinasi.. Alhamdulillah..

lepas tu, aku ngn member2x pun rehat2 la dulu.. Sebenarnya ade program mingguan kat KL ni.. Program Kerohanian.. wah2.. baiknyer... boleh jadi calon suami ni.. hahaha.. tak boleh-tak boleh.. Single n Not Available..

-6.00pm: Program dah start.. tapi aku ngn member masih lagi dok rilex2.. iyela, bajet letih..
-7.00pm: Program ditangguhkan sementara nak tgu masuk waktu maghrib..
-7.45pm: Ceramah Maghrib bermula.. ader 2 org penceramah kat atas pentas.. wah2.. macam ne nak ceramah kalo 2 org?? Macam ceramah politik plak.. sorg UMNO, sorg lagi PAS... kuang2x... takdela, aku gurau jer..

Sebenarnya 2 org pceramah tu ( 1 present in Urdu language, yg satu lagi, be the translator...)

Antara Intisari ceramah yg sempat aku tulis:

-kemuliaan manusia berbanding makhluk2 yg len ialah kerana manusia diciptakan dgn "Tangan-kudrat" Allah.. Makhluk len skdr Allah bfirman "kun fayakun.. jadi..maka jadilah.."
-tanda kasihnya Allah kpd manusia, maka Allah telah ciptakan semua keperluan utk manusia
-Dunia dicipta utk manusia, tapi manusia diciptakan utk akhirat (berserah diri @ abdikan spnuhnya kpd Allah jer)
"Wahai manusia, sesungguhnya kamu diciptakan utk Aku (Allah), oleh itu janganlah kamu leka bahawa kamu utk Aku.."
.........

(sbnrnya byk lagi..cuma letih nak taip ni.. )

-10.00pm: Makan malam..
-10.30pm: Jalan2 kat bazar.. nak tgok barang2 yg berkenan.. member aku siap bli baju jubah.. aku malas nk beli dah.. duit pun tak byk sgt.. hehehe..
-11.15pm: Naik semula kat masjid... nak sempurnakan amalan infradi..
-12.00pm: Zzz...Zzz...Zz... (ngantuk dah)

29 hb Mac 2009
-6.30am: Kuliah Subuh
-8.00am: Sarapan (member aku sponsor sarapan nasi lemak.. Alhamdulillah)
-9.30am: Bertolak balik
-11.00am: Sampai kat kolej...

_____________________________________________________________________

p/s: semoga terhibur.. jumpa lagi...

_____________________________________________________________________

Wednesday, March 25, 2009

aku yang tensen..

ni sekadar gambar hiasan jer..


Letih.. Geram.. Tensen..

mungkin itula perasaan yang aku rasa hari ini.. I dun know la dengan sistem birokrasi kat tempat aku study ni, mcm hampeh jer.. Macam kita ni takde perasaan langsung dorang layan..

Tengah hari tadi, lepas je abis kelas, aku terus la p kat pjabat XXX tu.. hajatnya nak antar surat penangguhan program .. dah le kena naik tinggat 3, sampai2 jer kat kaunter tu, aku tunjuk ler surat tu kat kerani yang bertugas.. Selamba jer dia cakap, yang ni kena dapat tanda tangan pengesahan pensyarah penasihat..

okla aku consider, so terpaksa la aku turun semula.. nak p cari pensyarah aku ni pun satu hal juga..

nasib aku baik skit sb pensyarah aku tu ade kelas dekat dengan pejabat XXX jer.. so, dengan terpaksa aku tebalkan muka, masuk kat kelas pensyarah aku tu.. Alhamdulillah, dia dah sign.. Bereh...

Then, aku pon pegi la smula kat pejabat XXX tu.. iyela nak hantar surat tu semula... Bila kerani tu tgok sign pensyarah aku tu, macam dia tak yakin je itu pensyarah aku punyer tanda tangan.. siap dia tilik plak tu.. ee.. macam la aku ni nak tipu dorang, takde la aku sampai ati nak sign sendiri surat tu...

ee.. bila aku ingat balik muka kerani tu masa dia teliti tanda tangan pensyarah aku tu... geram nyer.. tak pecaya ker..?? Aku fikir dah setle dah problem aku ni.. rupanya tak setle lagi..

"Ok dik, adik kena dapatkan cop pensyarah skali.. itu yg paling penting.."
"Tapi kak, pensyarah sy tu ade kelas, jd dia tak le bw cop tu skali..." aku jawab..

kerani tu, teliti smula sign pensyarah aku.. masih tak pecaya ker?? eee.. geram tu la..

"adik kena dapatkan juga cop pensyarah tu"
"kak, tak boleh ke skadar dia sign jer..?? pensyarah tu ade kelas la skrg.."

"tak boleh, cop kena ade.. adik kena jumpa smula pensyarah tu.."

ee.. banyak cantek.. senang je dia cakap yer.. geram tul la... banyak sangat karenah dorg ni..
dalam ati aku dah myumpah2 dah.. astaghfirullahalaziim..

kalo nak cop, awat tak cakap dr tadi.. takdela sy kena ulang alik..

jadi aku pun terpaksa la pegi smula hntr surat tu..tapi aku just lekat kat board bilik pensyarah aku jer.. sb kalo aku bg kat kelas dia pun, buknnya dia ade bw cop...

lepas tu..aku terus blah... malas aku nak fikir..

esok je la aku amik smula surat tu..

...... harap2 esok bila aku dah amik surat tu, jgnla kerani tu wat hal lagi...
mcm le aku ni takde keje lain, nak ulang alik p pejabat XXX je ari2.. boring tul..



p/s: maafla kalo entry kali ni aku emosional skit... biasala, tgh busy2 macam ni, kalo ade problem, mmg emo skit.. huhu..

Tuesday, March 10, 2009

Detik Kerasulan Baginda SAW

KERASULAN
_______________________________________________________________________________
"Dan ketika 'Isa anak Maryam berkata : Hai Bani Israil! Sesungguhnya aku ini utusan Allah untukmu, membenarkan wahyu yang diturunkan sebelum aku, iaitu Taurat, dan menyampaikan berita gembira akan kedatangan seorang Rasul selepasku, namanya Ahmad, tetapi setelah Rasul itu datang kepada mereka dengan bukti yang nyata, mereka berkata : Inilah tukang sihir yang nyata."

as-Saff : 6
_______________________________________________________________________________


Kerasulan 1 (9 Rabi'ul Awwal)

Kerasulan - peristiwa di Gua Hira' (al-'Alaq : 1 - 3)
Wahyu kedua (al-Muddaththir : 1-5)
Permulaan da'wah secara rahsia

Kerasulan 2

Da'wah secara rahsia

Kerasulan 3 (Penghujung tahun)

Pengisytiharan umum kerasulan di Bukit Safa

Kerasulan 4

Propaganda, cemuhan dan tentangan ringan
Perdebatan para pemimpin Quraisy dengan Rasulullah SAW
Pertemuan para pemimpin Quraisy dengan Abu Thalib
Jaminan perlindungan oleh Bani Hasyim

Kerasulan 5

Penentangan dan penindasan semakin hebat
Penyeksaan ke atas para sahabat

Rejab-Hijrah ke Habsyah

Kerasulan 6

Penentangan dan penindasan semakin hebat
'Utbah bin Rabi'ah bertemu Rasulullah SAW untuk berunding
Tawaran musyrikin Makkah (nuzulnya surah al-Kafirun)
Pengislaman Saidina Hamzah
Pengislaman Saidina Umar al-Khattab
Kafir Quraisy sebulat suara untuk membunuh Rasulullah SAW
Hijrah ke Habsyah kali kedua

Kerasulan 7 (1 Muharram)

Pemulauan, bersama dengan Bani Hashim dan Bani 'Abdul
Muttalib di Syi'ah Bani al-Muttalib

Kerasulan 8

Pemulauan masih berlangsung

Kerasulan 9 (Penghujung tahun)

Berakhirnya pemulauan

Kerasulan 10

Tahun kesedihan (kematian Siti Khadijah dan Abu Thalib)

11 Jumadi- Lawatan ke Thaif
Pengislaman serombongan jin
Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Siti Saudah binti Zam'ah

27 Rejab- Isra' dan Mi'raj, solat 5 waktu diwajibkan
Pertunangan Rasulullah SAW dengan Sayyidatina Aisyah

Zulhijjah-Permulaan Islam di Madinah - Ayas bin Muaz memeluk Islam

Kerasulan 11

Pertemuan pertama dengan puak Khazraj dari Madinah di
'Aqabah semasa musim haji

Kerasulan 12 (Zulhijjah)

Perwakilan Madinah - 6 orang menerima Islam
Bai'at ul-'Aqabah yang pertama

Kerasulan 13 (Zulhijjah)

Bai'at ul-'Aqabah yang kedua
Para sahabat mula berhijrah ke Madinah

___________________________________________________________________

p/s: semoga semakin bertambah cinta kita kpd NABI MUHAMMAD SAW..

___________________________________________________________________

Sunday, March 8, 2009

SifAT DAN AKHLAQ RASULULLAH S.A.W

____________________________________________________________________

Kepada kengkawan yang dikasihi sekalian.. Entri kali ni aku nak berkongsi dgn korg semua tentang Sifat dan Akhlak terpuji Baginda yang dicintai.. Semoga kita dapat mengambil manafaat bersempena dengan sambutan Maulidurrasul 1430H pada hari ini (9 hb Mac 2009)

____________________________________________________________________


Diriwayatkan oleh Ya'kub bin al-Fasawy dari Hassan bin Ali r.a, dia berkata, "Pernah aku tanyakan kepada bapa saudaraku yang bernama Hindun bin Abi Haala kerana dia adalah seorang yang pandai sekali dalam menyifatkan tentang peribadi Rasulullah SAW, dan aku sangat senang sekali mendengarkan sifat Rasulullah SAW untuk aku jadikan bahan ingatan.


Maka katanya, "Rasulullah SAW adalah agung dan diagungkan, wajahnya berkilauan bagaikan bulan purnama, tingginya cukup (tidak pendek dan tidak jangkung), dadanya lebar (bidang), rambutnya selalu rapi dan terbelah di tengahnya, rambutnya panjang sampai pada hujung telinganya, dan berambut banyak, mukanya bergabung menjadi satu, di antara kedua alisnya ada urat yang dapat dilihat pada waktu Baginda sedang marah, hidungnya membungkuk di tengahnya dan kecil lubangnya, nampak sekali padanya cahaya, sehingga orang yang memperhatikannya mengira hidung Baginda itu tinggi (mancung).


Janggutnya (jambang) lebat, bola matanya sangat hitam sekali, kedua pipinya lembut (halus), mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang, pada dadanya tumbuh bulu halus, lehernya indah seperti berkilauan saja, bentuknya sedang, agak gemuk dan gesit (lincah), antara perut dan dadanya sama (tegak), dadanya lebar, di antara dua bahunya melebar, tulangnya besar, kulitnya bersih, antara dada sampai ke pusarnya ditumbuhi bulu halus seperti garis, pada kedua teteknya dan pada perutnya tidak ada bulu, sedangkan pada kedua hastanya dan kedua bahunya dan pada dadanya ditumbuhi bulu, lengannya panjang, telapaknya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang hujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak terkena tanah apabila Baginda sedang berjalan, kedua telapak kakinya lembut (licin) tidak ada lipatan dan kerutan.


Apabila berjalan derapan kakinya itu terangkat tinggi seolah-olah air yang sedang jatuh (jalannya ringan, kakinya terangkat, tetapi tidak seperti jalannya orang yang sombong), jalannya tunduk dan menunjukkan kehebatan, apabila berjalan, maka jalannya agak cepat bagaikan dia turun dari tempat yang tinggi, apabila menoleh, Baginda menolehkan seluruh badannya, matanya selalu tertunduk ke bawah, dan pandangannya sentiasa memperhatikan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, selalu berjalan dengan para sahabatnya, dan selalu memulai dengan salam apabila Baginda berjumpa dengan sesiapa pun."



KEBIASAAN RASULULLAH SAW


Kataku selanjutnya, "Terangkanlah kepadaku tentang kebiasaannya."

Maka katanya, "Keadaan peribadi Rasulullah SAW itu biasanya tampak selalu kelihatan seolah-olah selalu berfikir, tidak pernah mengecap istirehat walau sedikit pun, tidak berbicara kecuali hanya apabila perlu, sentiasa diam, selalu memulai berbicara dan menutupnya dengan sepenuh mulutnya (jelas), apabila sedang berbicara Baginda selalu memakai kalimat-kalimat yang banyak ertinya (bijaksana), pembicaraannya itu jelas tanpa berlebihan ataupun kurang, lemah lembut budi pekertinya, tidak kasar, tetapi bukannya rendah, selalu mengagungkan nikmat Allah SAW walaupun yang sekecil-kecilnya dan tidak pernah mencelaNya sedikit pun.


Apabila ada orang yang memperkosa kebenaran, maka Baginda akan marah-marah dengan sangat dan tidak ada seorang pun yang dapat menghalangi kemarahannya itu sampai kebenaran itu akan menang. (Dan dalam riwayat lain disebutkan, bahawa Baginda tidak pernah marah apabila berkenaan dengan urusan keduniaan, tetapi apabila ada sesuatu yang benar sedang diperkosa maka Baginda akan marah sehingga tidak akan memandang sesiapa pun juga dan tidak akan ada yang dapat menghalangi kemarahannya itu sampai kebenaran itu menang, dan tidak pernah marah kerana dirinya).


Apabila Baginda sedang memberikan isyarat (menunjuk), maka Baginda mengisyaratkan dengan seluruh telapak tangannya, apabila sedang takjub pada sesuatu maka Baginda balikkan telapak tangannya, apabila Baginda sedang berbicara maka sering Baginda memukulkan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, apabila sedang marah maka sering Baginda berpaling. Apabila sedang bergembira Baginda sering tersenyum (ketawa), apabila tertawa Baginda sentiasa tersenyum saja, dan senyumannya itu serupa dengan embun yang dingin.


Maka kata Hassan berita ini aku sembunyikan dan adikku ternyata sudah lebih dahulu mengetahuinya daripadaku dan malahan dia sendiri telah bertanya pada ayahnya tentang keadaan keluar masuknya Rasulullah SAW ke majlisnya, dan bentuknya pun tidak juga ketinggalan sedikitpun jua."


Kata Hasan, "Maka aku pun pernah bertanya tentang peribadi Rasullullah SAW dan dia pun menjawab, "Bahawa Rasulullah SAW apabila telah masuk ke rumahnya, Baginda membahagi waktunya menjadi tiga bahagian. Sebahagian untuk Allah SWT, sebahagian lagi untuk keluarganya dan sebahagiannya yang lain untuk dirinya sendiri. Kemudian bahagian untuk dirinya itu dibahagikan pula untuk kepentingannya sendiri dan untuk kepentingan orang lain. Baginda selalu mengutamakan kepentingan umum lebih dari kepentingan peribadinya sendiri, Baginda tidak pernah mengurangi hak mereka sedikit pun.


Adapun contoh dari sirahnya berkenaan dengan kepentingan umat, adalah bahawa Baginda lebih mengutamakan orang-orang yang mulia dengan segala kesopanan dan menurut kedudukannya dalam ketakwaan. Sebahagian daripada mereka ada yang mempunyai satu kepentingan, ada pula yang mempunyai dua kepentingan, dan ada pula yang mempunyai banyak keperluan. Untuk itu Baginda menyibukkan dirinya dengan mereka dan mengatur mereka demi untuk kepentingan mereka dan sekalian umat dari urusannya tadi. Baginda sibuk dengan memberitahu kepada mereka apa yang harus dikerjakan, dengan memesankan : Hendaknya orang yang kini hadir mengkhabarkan kepada mereka yang tidak hadir, dan sampaikanlah hajatnya orang yang tidak dapat berjumpa denganku, kerana sesungguhnya barangsiapa yang menyampaikan hajatnya seseorang yang tidak mampu untuk bertemu dengan seorang pemimpin, maka Allah SWT akan menetapkan kaki orang itu kelak pada hari kiamat. Para pengunjung yang datang itu tidak keluar kecuali setelah mereka mengerti segala masalah dan dalilnya."


RASULULLAH SAW APABILA DI LUAR


Kata Hassan selanjutnya, "Kemudian aku tanyakan kepada ayahku bagaimanakah keadaan Rasulullah SAW apabila berada di luar.

Maka jawabnya, "Rasulullah SAW sentiasa menjaga lidahnya kecuali hanya untuk berbicara seperlunya, apabila berbicara sentiasa berbicara dengan halus (lemah-lembut) dan tidak pernah berbicara dengan kasar terhadap mereka, dan sentiasa memuliakan terhadap orang yang terpandang (berkedudukan) dan memperingatkan orang jangan sampai ada yang bertindak menyinggung perasaannya dan perbuatannya.


Kebiasaan Baginda selalu menanyakan keadaan sahabat-sahabatnya, dan Baginda selalu memuji segala sesuatu yang baik dan membenci segala sesuatu yang buruk. Segala urusannya itu dibuatnya sebaik mungkin. Tidak pernah Baginda lalai atau malas, demi menjaga jangan sampai mereka melalaikan dan meremehkan. Segala sesuatu dipersiapkannya terlebih dahulu, dan tidak pernah akan meremehkan (mengecilkan) kebenaran.


Orang yang paling terpandang menurut Rasulullah SAW ialah mereka yang paling baik kelakuannya, orang yang paling mulia ialah mereka yang paling banyak bernasihat (memberikan petunjuk) kepada orang lain, dan orang yang paling tinggi sekali kedudukannya ialah orang yang selalu ramah-tamah dan yang paling banyak menolong orang lain.".


RASULULLAH SAW APABILA DUDUK


Kata Hasan, "Kemudian aku tanyakan tentang duduknya Rasulullah SAW. Jawabnya, "Kebiasaan Rasulullah SAW tidak pernah duduk ataupun berdiri melainkan dengan berzikir, tidak pernah menguasai tempat duduk dan Baginda melarang seseorang untuk menguasai tempat duduk, dan apabila Baginda sampai pada tempat orang yang sedang berkumpul maka Baginda duduk di mana ada tempat terluang (tidak pernah mengusir orang lain dari tempat duduknya) dan Baginda juga menyuruh berbuat seperti itu.


Baginda selalu memberikan kepuasan bagi sesiapa saja yang duduk bersama Baginda, sehingga jangan sampai ada orang yang merasa bahawa orang lain dimuliakan oleh Baginda lebih daripadanya. Apabila ada yang duduk di majlisnya, Baginda selalu bersabar sampai orang itu yang akan bangkit terlebih dahulu (tidak pernah mengusir teman duduknya). Dan apabila ada yang meminta pada Baginda sesuatu hajat maka Baginda selalu memenuhi permintaan orang itu, atau apabila tidak dapat memenuhinya Baginda selalu berkata kepada orang itu dengan perkataan yang baik.


Semua orang selalu puas dengan budi pekerti Baginda sehingga mereka selalu dianggap sebagai anak Baginda dalam kebenaran dengan tidak ada perbezaan sekikit pun di antara mereka dalam pandangan Baginda. Kemudian majlis Baginda itu adalah tempatnya orang yang ramah-tamah, malu, orang sabar dan menjaga amanah, tidak pernah di majlisnya itu ada yang mengeraskan suaranya, di majlisnya itu tidak akan ada yang mencela seseorang jelek dan tidak akan ada yang menyiarkan kejahatan orang lain. Di majlisnya itu mereka selalu sama rata, yang dilebihkan hanya ketakwaan saja, mereka saling berlaku rendah diri (bertawadhu') sesama mereka, yang tua selalu dihormati dan yang muda selalu disayangi, sedangkan orang yang punya hajat lebih diutamakan (didahulukan) dan orang-orang asing (ghorib) selalu dimuliakan dan dijaga perasaannya."


RASULULLAH SAW DI TENGAH PARA SAHABAT


Kata Hassan, "Maka aku tanyakan tentang keadaannya apabila Baginda sedang berada di tengah-tengah para sahabatnya.

Jawabnya, "Rasulullah SAW sentiasa periang (gembira), budi pekertinya baik, sentiasa ramah-tamah, tidak kasar mahupun bengis terhadap seesorang, tidak suka berteriak-teriak, tidak suka perbuatan yang keji, tidak suka mencaci, dan tidak suka bergurau (olok-olokan), selalu melupakan apa yang tidak disukainya, dan tidak pernah menolak permintaan seseorang yang meminta.


Baginda meninggalkan tiga macam perbuatan : Baginda tidak mahu mencela seseorang atau menjelekkannya, dan tidak pernah mencari-cari kesalahan seseorang, dan tidak akan berbicara kecuali yang baik saja (yang berfaedah). Namun apabila Baginda sedang berbicara maka pembicaraannya itu akan membuat orang yang ada di sisinya menjadi tunduk, seolah-olah di atas kepala mereka itu ada burung yang hinggap. Apabila Baginda sedang berbicara maka yang lain diam mendengarkan, namun apabila diam maka yang lain berbicara, tidak ada yang berani di majlisnya untuk merosakkan (memutuskan) pembicaraan Baginda.


Baginda sentiasa ikut tersenyum apabila sahabatnya tersenyum (tertawa), dan ikut juga takjub (hairan) apabila mereka itu merasa takjub pada sesuatu, dan Baginda sentiasa bersabar apabila menghadapi seorang baru (asing) yang atau dalam permintaannya sebagaimana sering terjadi.


Baginda bersabda, "Apabila kamu melihat ada orang yang berhajat maka tolonglah orang itu, dan Baginda tidak mahu menerima pujian orang lain kecuali dengan sepantasnya, dan Baginda tidak pernah memotong pembicaraan orang lain sampai orang itu sendiri yang berhenti dan berdiri meninggalkannya."


RASULULLAH SAW APABILA DIAM


Kata Hassan, "Selanjutnya aku tanyakan padanya bagaimanakah peribadi Rasulullah SAW apabila Baginda diam.
Jawabnya, "Diamnya Rassulullah SAW terbahagi dalam empat keadaan : diam kerana berlaku santun, diam kerana selalu berhati-hati, diam untuk mempertimbangkan sesuatu dan diam kerana sedang berfikir.

Adapun pertimbangannya berlaku untuk mempertimbangkan pendapat orang lain serta mendengarkan pembicaraan orang lain, sedangkan pemikirannya selalu tertuju pada segala sesuatu yang akan kekal dan sesuatu yang akan lenyap (fana').

Peribadi Rasulullah sAW sentiasa berlaku santun dan sabar dan Baginda tidak pernah membuat kemarahan seseorang dan tidak pernah membuat seseorang membencinya, dan Baginda sentiasa berlaku hati-hati dalam segala perkara; selalu suka pada kebaikan, dan berbuat sekuat tenaga untuk kepentingan dan demi kebaikan mereka itu baik di dunia mahupun kelak di akhirat."

RUJUKAN

1. Sejarah Umat Islam (Edisi Baru), Prof Dr Hamka, Pustaka Nasional Pte Ltd,

Cetakan Pertama 1994.

2. Fiqh Al-Sirah 1, Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti, Dewan Pustaka Fajar,

Cetakan Ketiga 1988.

3. Kehidupan Para Sahabat Rasulullah saw, Muhamad Yusuf al-Kandahlawy, Pt Bina

Ilmu, Cetakan Pertama 1982.

4. http://al-ahkam.com.my

5. http://media.isnet.org/islam/Haekal/Muhammad/

6. 1001 Duka - Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati, Muhammad Isa Selamat,

Darul Nu'man, Cetakan Pertama 1997.



______________________________________________________________________________________
p/s: Semoga dengan kedatangan Maulidurrasul 1430H pada kali ini, penghayatan terhadap SUNNAH Baginda SAW semakin bertambah dalam kehidupan kita.
______________________________________________________________________________________

Thursday, March 5, 2009

Blog yang best2..

Assalamualaikum warahmatullah kepada rakan2 yang budiman...

Rasanya entry aku yang lepas nak basi dah, baru nak post entry baru..kihkih.. iyerla bukan senang nak cari idea nak bubuh kat sini..

Idea kena la yang best2..

Sebab berdasarkan statistik terkini, blog aku ni jadi perhatian ramai << perasannyer... hukhuk..
Anyway kpd sesape yang rajin sangat tgok blog aku ni, thankz.. And Especially to all yang support aku dari belakang.. dipetik dari filem 'jangan pandang belakang'..

Entry kali ni aku fikirkan sangat2 perlu untuk aku post, buat tatapan rakan bloggers terutamanya..

Untuk penegtahuan korang, ni ada lah antara blog yang aku minat sangat surf.. bukak je laptop, mesti chek internet connection. kalo Excellent connected, aku cepat2 login.. Then, yang pertama skali aku buat ialah chek new messages dalam 'Sembang santai' dalam blog aku ni... huhu..

Pastu, tgok kat list Top Blog, maner2 blog yg baru update..

Sampaikan tak sedar, dah berjam2 depan laptop smata2 menziarahi blog2 member2 aku.. Best sangat.. dah kemaruk blog nampaknyer... hehehe.. Takde la gurau jer.. mane la aku ade masa yg banyak, dah ler assignment melambak tak siap2...

kat bawah ni antara blog yang aku 'wajib' pantau, kot2 ade citer tbaru kan...


Ni blog aku la.. so, mesti letak kat atas skali.. promote2...

Diari seorang bakal guru


Ni pulok blog best fren aku masa kat matrik dulu, skrg ni dia dah blajar kat UTM skudai, nak jd engineer kot.. Blog ni rasanya masih baru lagi.. Keep in writing...
ChekDizout

Yang ni plak, blog Cik Mahabbah.. Makcik kepada Ain Sumayyah..
Mahabbah berbicara

Ni blog akak kepada Cik Mahabbah, namanya Cik Muyassarah..
tapi selalu gelar sebagai Cik Muya jer.. Ni pun Makcik kepada si kecik Ain Sumayyah...
Muyassarah

Blog ni aku ler yang jadik moderator nyer.. rajin sangat ke aku ni, nak wat byk2 blog.. letih juga sebenarnya.. tapi tgok hasilnya, MEMUASKAN... Kat sini la tempat aku bubuh sebarang aktiviti Kelab Astronomi UPSI.. Jemput ziarah yer...
Kelab Astronomi UPSI

Ni housemate aku yang create, jadi aku just jadi pemantau jer.. Tolong2 bagi idea ape yg patut bubuh.. korang kalo nak tau aktiviti surau temapat aku menginap ni, korang jgnla segan silu btandang disini yer...
Kelab Rakan Surau

Risalah soutulhikmah Edisi Online... Sebenarnya ramai dah yang request kat aku spy risalah soutulhikmah ni di 'combine' kan dalam bentuk buku, tapi letih juga nak combine2 ni.. lagi byk kos nak kena pikiaq.. So, nak mudahkan keje.. ni ler hasilnya..
Risalah Soutul hikmah Online

Ni blog tuk tau citer2 hangat tentang dunia politik.. ni ler antara blog yang slalu duk paling atas kat senarai Top Blog kat blog aku ni... Banyak citer panas disini..
PinkTurtle

Dan, akhirnya ini blog Cik Mas Ayu.. rakan sembang kat online aku.. kalo korang nak belajar memasak, boleh la korang ziarah2 blog ni.. byk resepi yang sedap2 tau..


p/s: ade byk lagi blog yg best2.. tapi aku tak larat la nak bubuh semua kat sini.. So, kpd kengkawan yang tak tersenarai blog korang kat sini, jgn sedih2 yer.. Senyum2 la selalu..

Sehingga bertemu lagi...

wassalam..

Rojer AND out..!!!
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

kepada pelawat yang budiman, sila tinggalkan komen sebelum anda keluar.. terima kasih

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
 

"..terima kasih kepada pengunjung yang sudi melawat di blog ini.. senyumlah seikhlas hati, kerana dengan senyuman hati akan menjadi riang..."


Welcome to Ukhuahfillah.blogspot.com.
Template by: Abdul Munir