Welcome to ukhuahfillah.blogspot.com.. thanks to all.. Selamat datang saya alukan Kepada anda surfers budiman, semoga ukhwah dapat dibina.. Semoga silaturahim dapat dijalinkan

Friday, January 23, 2009

Refleksi (ayat skema)

Semester ini aku terasa begitu banyak sangat bebanan tugasan yang perlu diberikan perhatian. Ia seakan datang bertimpa-timpa ke atas pundak bahu aku. Rasanya macam hendak pitam perasaan aku apabila menyenaraikan semua tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah aku. Masa yang aku ada seumpama tidak mencukupi bagi menampung semua tugasan tersebut untuk diselesaikan. 24 jam sehari seumpama tidak mencukupi bagi aku. Ia seakan berlalu begitu pantas. Keaadan inilah yang menyebabkan aku berasa sedikit tertekan apabila memikirkan komitmen yang perlu aku sempurnakan.


Tetapi apabila memikirkan bahawa ini semua adalah tanggungjawab yang perlu aku pikul sebagai seorang pelajar, aku terpaksa redha. Oleh yang demikian, minda aku sentiasa ligat berputar mencari-cari waktu yang sesuai untuk aku gunakan dalam menyempurkan setiap tugasan yang ada. Setiap detik yang berlalu begitu berharga bagi aku.


Projek ilmiah adalah salah satu tugasan yang aku anggap mencabar ketika ini. Pelbagai perkara perlu difikirkan untuk mengendalikan projek tersebut. Memikirkan kertas kerja yang perlu disiapkan secepat yang mungkin, menjadikan aku semakin tidak keruan. Memandangkan proses birokrasi yang perlu dilalui sebelum kertas kerja itu mendapat “approval” dari pihak atasan, menambahkan lagi kekalutan dalam minda aku.


Alhamdulillah, mujur pengalaman-pengalaman lepas yang aku miliki dalam mengendalikan program seumpama ini, sedikit sebanyak memudahkan aku melaksanakan projek ilmiah tersebut. Aku beranggapan tugas selaku Timbalan Pengarah bagi projek ilmiah tersebut tidaklah seberat tugas seorang Pengarah program, dan keadaan ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan tanggungjawab yang perlu aku pikul.


Bukan itu sahaja, dalam subjek yang sama, aku juga terpaksa memikirkan apakah kaedah yang paling sesuai yang perlu aku gunapakai bagi proses Introduction untuk tugasan microteaching. Aku bukanlah seorang yang kreatif dalam hal-hal seumpama ini, sedangkan kreativiti adalah suatu elemen yang dianggap penting oleh pensyarah yang menilai dalam sesuatu microteaching itu. Oleh itu, aku telah mengambil masa yang agak lama menelaah tugasan-tugasan senior yang lepas untuk dijadikan sebagai panduan dalam membina set induksi yang baik. Walaupun demikian, ia bukanlah suatu kerja mudah bagi aku yang kurang berpengalaman ini untuk membina sendiri set induksi yang menepati cirri-ciri yang kreatif dan menarik.


Aku dimaklumkan agar setiap proses Introduction mestilah mempunyai kaitan dengan topik yang hendak diajar di samping mampu menarik perhatian pelajar. Hal ini kerana Introduction skill memainkan peranan yang amat penting untuk menarik perhatian pelajar terhadap topik yang hendak diajar. Attract attention, create motivation, structuring dan making connection adalah antara beberapa aspek yang aku kena ambil kira dalam memastikan proses Introduction ini mampu menjadi platform terawal untuk menimbulkan minat pelajar untuk belajar. Pensyarah aku seringkali menekankan agar semua aspek ini diberi perhatian semasa mengajar agar proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan mampu mencapai objektifnya.


Pada kebiasaannya minat pelajar akan teruja sekiranya pada permulaan pembelajaran lagi mereka didedahkan dengan sesuatu yang menyeronokkan. Tetapi sekiranya perkara yang sebaliknya berlaku, berkemungkinan besar motivasi untuk belajar yang ada dalam diri pelajar akan berkurangan.. Keadaan ini secara tidak langsung boleh menyebabkan mereka kurang berminat untuk menumpukan perhatian terhadap topik yang diajar oleh guru pada hari tersebut.


Tambahan pula, pengalaman aku dalam mengendalikan sesi pengajaran terlalu cetek, kerana seingat aku tidak ada subjek khusus sebelum ini yang memberi pendedahan secara terperinci dalam mengendalikan kelas. Aku menjadi kurang berkeyakinan dengan kemampuan yang aku miliki. Berdasarkan pengalaman-pengalaman aku yang lepas, apabila diminta untuk membuat presentation, perasaan gugup akan terasa semakin menebal dalam diriku. Apatah lagi apabila presentation itu memerlukan aku untuk menyampaikannya dalam Bahasa Inggeris. Aku sedar bahawa aku bukanlah seorang yang fasih dalam bertutur bahasa antarabangsa itu, apatah lagi apabila berhadapan dengan audience yang ramai. Keadaan ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kerunsingan aku apabila memikirkan tugasan ini.


Di samping komitmen untuk menyiapkan tugasan ilmiah ini, jawatan sebagai presiden kepada sebuah kelab di universiti ini juga memerlukan aku untuk bijak dalam mengurus masa. Aku sedar tanpa pengurusan masa yang efektif, aku mungkin akan berhadapan dengan masalah yang besar dalam menyempurnakan tanggungjawab itu dengan baik. Justeru, sebagai langkah awal, aku telah menyediakan jadual waktu belajar harian yang aku fikirkan bersesuaian dengan kemampuan aku sebagai seorang pelajar. Jadual waktu ini aku anggap sebagai guideline agar aku tidak mensia-siakan setiap masa yang ada dengan aktiviti yang tidak bermanfaat.


Alhamdulillah, setakat ini walaupun saban waktu bergelumang dengan tugasan yang semakin bertambah, aku masih mampu untuk menapak dengan teguh. Insyaallah, dengan berbekalkan niat yang betul, setiap tugasan yang diberikan akan dianggap sebagai suatu amanah yang perlu diselesaikan dengan sebaik-baiknya.


---------------------------------------------------------------------------------------------------
*sebenarnya apa yang korang baca kat entry aku ni sebenarnya antara tugasan yang perlu aku buat, pensyarah kitorang suh kami buat refleksi tentang ape2 yang ade kat kepala kitorang, jadik aku pun citer la bende2 ni.. huhu....

disebabkan aku takde idea nak post entry baru kat blog aku ni, so aku copy n paste je la tugasan aku kat sini... haha..

tu sebab ayat2 yg aku gunakan skema skit la...
---------------------------------------------------------------------------------------------------


0 comments:

Post a Comment

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

kepada pelawat yang budiman, sila tinggalkan komen sebelum anda keluar.. terima kasih

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
 

"..terima kasih kepada pengunjung yang sudi melawat di blog ini.. senyumlah seikhlas hati, kerana dengan senyuman hati akan menjadi riang..."


Welcome to Ukhuahfillah.blogspot.com.
Template by: Abdul Munir