Welcome to ukhuahfillah.blogspot.com.. thanks to all.. Selamat datang saya alukan Kepada anda surfers budiman, semoga ukhwah dapat dibina.. Semoga silaturahim dapat dijalinkan

Thursday, October 2, 2008

diari 12

1 hb 10 2008 (1 syawal)

Hari ni merupakan hari yang amat bermakna buat seluruh umat islam, sbg tanda kesyukuran di atas nikmat yg Allah dah beri pada semua manusia.. Dan hari ni jg telah berakhirnya bulan puasa yang penuh dengan keberkatan.. smg Allah limpahkan rahmat pada kita semua.. Amiin...

Sebenarnya Raya kali ni rasanya dah masuk raya yang ke 3 dah aku beraya kat perantauan, sedih tu sedih la jg sb takdpt beraya dgn famili tercinta.. tapi aku masih dpt control la perasaaan aku ni, iyerla dah kali ke 3 beraya di tempat org, dah mjadikan aku dah biasa beraya tanpa keluarga di sisi.. kata org tua2, alah bisa tegal biasa... betul ker pepatah tu? Haha.. lantaklah, betul ke tak, itu aku tak kisah.. aku ni tak tau sgt sastera2 ni... hehe2...

Pepagi lagi aku dah bangun, nak solat subuh, tapi kali ni aku bangun punyerla awal.. pukul 3.45am dah bangun.. tapi aku rasa mengantuk lagi, so aku smbg tido lagi..hahaha.. then tersedaq dlm pkul 4.10am.. aku dah mals nak smbg tido..so aku bangun la awal skit.. sempena nak menyambut hari mulia, hari Raya Aidilfitri.. bila aku p bilik air, punyerler sejuk air.. tketar2 badan aku.. dah la aku ni demam2 skit mlm tadi, bangun jer dah rasa nak pening jer kepala aku ni.. takpola.. redha jer..

So, disebabkan subuh tu sejuk sgt je aku rasa, aku pakai baju 3 lapis.... iyela, sweater aku lupa nak bawak skali, so aku pakai jer la baju 3 lapis.. panas skit badan aku.. sbnrnya mlm raya ni aku iktikaf kat masjid jer.. so, sgala kelengkapan raya aku dah siap packing dah.. tapi tlupa nak bw sweater. Mana la aku tau sejuk sgt subuh ni...

Lepas jer selesai solat subuh, aku sempat lagi p landing kan badan aku kat “port” aku kat dlm masjid tu.. tapi skejap jer sb lepas tu aku nak p sarapan kat dewan makan.. he2..dpt makan free plak tu.. tu yg best.. lepas jer makan sarapan, aku p mandi.. nak bsiap utk solat Raya plak... aku dengaq Imam smlm ader umumkan, slt Raya stat dlm 8.45am, so aku kena la siapkan diri sblm waktu tu..

Lepas selesai solat Raya, aper lagi.. aku meluru skali lagi kat dewan makan, makanan dah sdia utk dijamah.. fuyoo... Nasi beriani + ayam masak merah... kira okla sb dapat free.. siap tambah nasi plak tu.. hehe..

Lepas semua selesai, famili aku kol aku.. nak lepaskan rindu la katakan... lamanyer aku bgayut dgn hnset aku tu... hehe...

oh ya hmpir tlupa nak habaq, hari ni byknyer mesej yg aku terima drp member2 skalian ucap selamat hari raya kat aku.. gumbiranyer rasanya..


<<>>
“Selamat Hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin”
......................
Ni plak antara pantun yg member aku forward kat aku..

“Anak monyet bayar zakat, sowy raye nie xde kad..
Anak itik makan roti, hnye sms sbg pengganti..
Anak owg buat kuih raye, selamat ari raye..
Anak ikan dalam tin, maaf zahir batin..”
.........................


Kalo ikut apa yg aku bljq masa muda2 dulu, pantun ni tak menepati ciri2 pantun yang baikla..main hentam jer org yg buat pantun ni, ikut sedap jer.. tak puitis betul la.. eh2, pandai pulok aku komen pantun dorg ni.. apa2 pun, kira okla jg pembuat pantun ni, kreatif jg la.. okla aku bg 2 bintang jer drp 10 bintang.. haha

Dlm pukul 11am, aku n member aku berangkat nk pulang ke kolej, byk assingment menanti d sana.. So, itula antara pengalaman aku masa raya pertama..sebenarnya ader lagi citer yg best2 masa hari pertama ni, tapi letihla nak taip keyboard ni.. cukuplah dulu stakat ni, kalo aku rajin & kalo aku ader masa aku citer kat korg yer..harap2 korg thibur jg la dengaq citer aku yg tak berapa nak best ni..

2 comments:

fizah said...

salam, rahman.. akak tak tau pun rahman beraya sehari je di KL. akak ingt rahman balik kmpg makcik ke... sedihnye jd anak perantau. tp akak tau rahman seorg yg kuat. teruskan usaha n smg Allah sentiasa memberi kekuatan pd Rahman, insyallah..

arrijal said...

wsalam kak.. hehe.. sbnrya sy dah biasa dah beraya kat perantauan ni, beraya kat maner2 pun sy tak kisah sgt... sb hari raya tu pun sy akan kol rumah, ataupun family akan kol.. walaupun tak dpt beraya bersama, bila dah kol tu..lepas jgla rindu ni..haha.. org lelaki ni kena banyak korban...tak boleh manja2 sgt.. asyik dok bekepit bawah ketiak mak jer.. hehe2.. (ayat ni sajer nak cover hati yg lara)

Post a Comment

kepada pelawat yang budiman, sila tinggalkan komen sebelum anda keluar.. terima kasih

 

"..terima kasih kepada pengunjung yang sudi melawat di blog ini.. senyumlah seikhlas hati, kerana dengan senyuman hati akan menjadi riang..."

Welcome to Ukhuahfillah.blogspot.com.
Template by: Abdul Munir