Welcome to ukhuahfillah.blogspot.com.. thanks to all.. Selamat datang saya alukan Kepada anda surfers budiman, semoga ukhwah dapat dibina.. Semoga silaturahim dapat dijalinkan

Wednesday, February 25, 2009

Refleksi My-Microteaching

slide 1: ni aku guna utk kaitkan dengan student's prior knowledge:

cikgu: Ok class, i want to ask you, have you going to any beach in Malaysia?
students: Yes, sir..

cikgu: what you can see there??
students: sea, sand, etc...

cikgu: Ok, very Good..


slide 2: yang ni ler mbuatkan "student" aku tergelak.. ade ke patut gambar cendol pun masuk...

cikgu: How about this?? have you ever look this kind of matter??
students: Hahahaha.. Yes, of course.. This we call cendol sir..


slide 3: gambar bangunan dan asap yang bkepul2..

slide 4: Conclusion on what i'm going to teach my "students"...


Refleksi 2:

“Ok, .. For overall, you have done it good!!”

“....But, one thing that I noticed on your introduction just now, you not mentioned about what are the things that you want to discuss in your class. Isn’t? You only going through your slides, and forget to mention about it...”

“..Actually, in any introduction stage, you have to make a raughly overview on what you going to teach in your class, so that your students will know what are the things that they will learn on that day. In simple words, you should built a flow of thoughts before you proceed for your lesson...”

“..but, for the rest parts, you have done it very well. And, you also have succesfully create your student’s attention by showing them the diagram of Cendol.. i think it was a good introduction...”

**************************

Komen daripada Dr. Nurul berkenaan dengan microteaching yang aku buat tempoh hari terasa masih terngiang-ngiang di dalam kotak ingatan aku. Dalam menyempurnakan microteaching untuk fasa introduction, aku hanya dibenarkan untuk mengambil masa lebih kurang 5 hingga ke 7 minit sahaja. Dalam tempoh masa yang singkat inilah, aku perlu bijak dalam memastikan beberapa kriteria penting ketika mengajar perlu aku penuhi. Antaranya ialah attract student’s attention, create motivation, structuring, and making connection.

Semua elemen ini dilihat sebagai suatu yang amat penting dan perlu diambil berat oleh setiap guru dalam memulakan suatu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khususnya. Hal ini kerana, sekiranya semua elemen ini mampu dipenuhi, perhatian pelajar terhadap apa yang ingin diajar akan lebih tertumpu, di samping itu kesediaan mereka bukan sahaja dari segi kognitif, bahkan dari segi afektif mampu disediakan untuk menerima ilmu yang akan diajarkan oleh guru.

Namun yang demikian, persediaan untuk memastikan semua elemen itu mampu diterapkan semasa introduction tidaklah semudah yang aku sangkakan. Persediaan lebih kurang seminggu sebelum microteaching itu aku anggap suatu tempoh masa yang begitu singkat, walaupun sekiranya difikirkan mengikut rasional, seorang guru yang hendak membuat persediaan untuk Introduction stage sahaja, masa seminggu itu dikira sebagai suatu tempoh masa yang agak lama. Tetapi itu sekiranya diambilkira dari segi rasionalnya sahaja, namun sekiranya ia dipertimbangkan mengikut persepsi aku pula, tentunya ia amat berbeza!!

Sebagai seorang yang masih belajar untuk menjadi seorang guru kelak, pengalaman aku dalam mengendalikan sesi pengajaran dalam kelas begitu cetek, bahkan mungkin tiada langsung. Justeru, inilah yang menjadi penyumbang paling besar kepada masalah utama menyebabkan aku tidak mampu menyampaikan microteaching dengan baik. Kurangnya pengalaman mengajar!! Aku sedar semasa microteaching hari tu, terasa macam hendak pitam sahaja perasaan aku pada ketika itu. Walaupun secara zahiriahnya aku seakan confident dengan apa yang aku sampaikan, namun jauh disudut hati, betapa sukarnya melalui saat-saat itu.

Walaupun mengikut pengalaman yang lepas, presentation adalah sesuatu yang amat aku gemari, kerana bagi aku, presentation adalah platform yang terbaik bagi seorang bakal guru untuk membina kemahiran insaniah yang ada dalam diri mereka, sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru kelak. Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa aku menganggap presentation itu sebagai suatu yang menarik? Sebenarnya bagi aku, pada ketika melakukan presentation itulah adalah masa yang aku fikirkan amat bersesuaian untuk dimanfaatkan bagi mengasah kebolehan aku untuk menggunakan bahasa Mat Salleh secara spontan.

Walaupun ramai daripada teman seperjuangan aku yang menganggap presentation itu sebagai suatu medan yang amat payah untuk dilalui, lebih-lebih lagi apabila bahasa pengantar yang perlu digunakan ialah Bahasa Inggeris. Bagi aku, itu sebenarnya adalah cabaran bagi setiap pelajar yang bakal bergelar seorang guru, especially guru Sains.. Penguasaan bahasa antarabangsa itu dianggap sebagai suatu kewajipan yang perlu dipenuhi oleh setiap daripada bakal guru Sains, bukan sahaja kepada pelajar di Universiti Pendidkan Sultan Idris ini, bahkan hampir di semua pusat institut pengajian tinggi.

Tapi yang peliknya, ketika mengendalikan microteaching tersebut, aku berasa setiap butir perkataan yang hendak diucapkan begitu sukar sangat hendak keluar dari mulut aku. Natijahnya, aku tergagap-gagap untuk menyampaikan setiap butir patah perkataan aku. Mungkinkah kurangnya persediaan untuk microteaching ini menyebabkan keadaan ini terjadi pada aku? Atau, kurangnya penggunaan Bahasa Inggeris ini dalam kehidupan seharian aku? Aku tidak menafikan semua faktor tersebut, kerana aku sememangnya amat payah untuk mempraktikkan bahasa penjajah itu dalam komunikasi harian aku dengan masyarakat sekeliling. Suasana masyarakat sekeliling sebenarnya banyak mempengaruhi cara komunikasi aku. Untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, ia seumpama suatu perkara yang menjengkelkan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi yang berbangsa Melayu terutamanya. Keadaan ini membuatkan aku tidak dapat membiasakan diri menggunakan Bahasa Inggeris dalam pergaulan seharian.

Secara kesimpulannya, melalui pengalaman aku mengendalikan microteaching kali ini sedikit sebanyak membuka minda aku bahawa bukan setakat menguasai konten sesuatu topik itu sahaja yang penting, tetapi kaedah penyampaiannya turut perlu diberi perhatian serius, ataupun lebih dikenali sebagai Pedagogical Content Knowledge (PCK) itu amat perlu untuk dikuasai oleh setiap guru. .


RUANGAN USIK-USIK

4 comments:

Nurul S Othman said...

assalamualaikum wbt..

tok arrijal, tahniah hehe tetibe je tahniah ni kan..sebabnya anda berjaya menarik minat "pelajar" anda mengikuti pengajaran anda..

pertama dan selamanya hidup kita ini adalah untuk mencari redha ALLAH....

andai kita ini ingin membawa Islam dna menjadi icon Islam untuk masyarakat...
buatlah yang terbaik....

buktikan bahawa dengan Islam itu kita mampu melangkah jauh ke hadapan...

menguasai setiap ruang

InsyaALLAH..

p/s peringatan bg diri ana dna sahabat2

arrijal said...

waalaikum salam warhmatullahi wabarakatuh..

to puterinurzahra:

TAHNIAH!!?? it just a simple teaching skill..

banyak lagi skill yg kena dipelajari, dan yang paling utama ialah "skill" how to make Allah REDHA dalam kehidupan kita kan...

Therfore, 'nothing' to think about human side, if we leave Nothing to Allah..

Nurul S Othman said...

yup...paling penting ialah dapat redha ALLAH...

arrijal said...

100% AGREE..!!!

Post a Comment

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

kepada pelawat yang budiman, sila tinggalkan komen sebelum anda keluar.. terima kasih

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
 

"..terima kasih kepada pengunjung yang sudi melawat di blog ini.. senyumlah seikhlas hati, kerana dengan senyuman hati akan menjadi riang..."


Welcome to Ukhuahfillah.blogspot.com.
Template by: Abdul Munir